Saturday, 26 October 2013

MENTOR pun dah jadi macam ARTIS !!!!!

Assalamualaikum....

First time, memang first time. First time saya jumpa dengan MENTOR saya hari ni. Sebelum ni hanya di alam maya. Walaupun sekejap berjumpa dan berinteraksi, memang seronok macam dah biasa berkawan dan bergaul sebelum-sebelum ni. Sangat mudah ingat nama kami yang hadir sessi coaching dengan beliau dan pandai mengambil hati kami semua.

Coaching ni bukan paksaan. Sesiapa yang interested je diWAJIBkan. yang tak interested jatuh hukum HARUS. ehehe..gurau je. Kalau rasa nak bergerak ke hadapan, nak tau cara-cara org yg dah pun berjaya, pandai-pandaila cari MENTOR masing-masing. 


kami yang hadir pada 26.10.2013


Kalau yang tak tau, ni la alkisahnya bisnes SHAKLEE. Dalam bisnes ni tak de sape2 pun yg paksa kita buat sales walaupun namanya MLM. Kalau taknak cari org pun takpe, nak cari org pun takpe. nak makan2 sendiri je pun lagi la tak salah di sisi undang-undang Shaklee apetah lagi undang-undang Malaysia..

Agak-agak nak income setaraf Perdana Menteri, kacau la MENTOR masing-masing, suruh dia tunjuk jalan macam mana nak dapat income macam yang kita nak tu.

MENTOR saya ni sangat hebat orangnya, umur memang muda dari saya. tapi semua tu bukan jadi penghalang. saya tak kisah umur dia muda dari saya, tapi pengalaman dia yang saya kisahkan. MENTOR ni org yg ada banyak pengalaman dari kita. dia dah berjaya dan dia bagitahu kita jalan shortcut untuk berjaya supaya kita tak ulang kesilapan macam yang dia dah buat dulu. Jalan MENTOR saya ni memang BELIKU. So, kita tak perlu lagi lalui jalan yang sama.

The Magic Mentor Saya !!!!


Setiap kali sessi coaching tamat, masing-masing berebut nak ambil gambar dengan mentor. kenapa ye? kenapa kita sibuk nak ambil gambar dengan ustaz azhar idrus, kenapa nak ambil gambar dengan ustaz kazim? sebab kerana ilmu dan kebijaksanaan diorang. ramai org respek mereka sebab ilmu yang diorang ada dan of kos diorang ni dah jadi selebriti, sebab tu ramai yang suka.

Sama juga macam MENTOR saya ni, dia dihormati dan disayangi kerana niatnya, ilmunya, bijaknya, so ramai anak-anak didik sangat respek dan senang dengan sikapnya. Ini baru coaching beberapa org je anak didik, belum lagi datang anak didik dia dari seluruh Malaysia, mesti tak larat tahan FLASH camera, kejang kaki berdiri, dipeluk cium sampai lebam dan banyak lagi adegan-adegan yang sama seperti artis TOP di malaysia lalui dalam hidup diorang.  

Dan yang paling SYOK, mentor saya ni manusia yang bermanfaat kepada org lain. Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat kepada org lain, pernah tak dengar??? 

Kan kalau kita mati, ada 3 amalan je yang kita bawa. 1. anak soleh yang mendoakan kita. 2. ILMU YANG BERMANFAAT dan 3. amal jariah.

Bak kata Dr Muhaya, ni semua pencen kubur. In sha Allah, teringin nak jadi seperti beliau. Memberi Inspirasi kepada orang lain. Aminn..

Regards,
Write with LOVE and PASSION
~Rahmah~


Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

1 comment:

  1. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...