Saturday 5 October 2013

MUKADDIMAH

Assalamualaikum....

Wah !!! betapa excitednya saya menulis dengan entri pertama saya di blog baru saya...saya pernah ada blog. tapi rupa-rupanya blog tu dihasilkan tanpa rasa cinta, tanpa rasa passion tentang apa yang saya kongsikan sebelum ini. Maka bermulalah episod baru saya di sini, di blog yang baru.


Pelik, memang sangat pelik, tiba-tiba saya dapat passion untuk menulis ni selepas ikuti program Dr Azizan Osman. saya join program Dr Azizan yg berlansung di PWTC pada 27-29 September, 2013, SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI 2013 (IJI) iaitu lebih kurang seminggu yang lepas. Hari ini baru saya dapat menulis sebab lepas je tamat program tu saya terus cari seseorang untuk design satu blog saya yang baru untuk satu suntikan semangat baru bagi memulakan "hidup" yang baru. (nanti saya share tentang hamba allah yang design cantik blog ni)

MENTOR PEMASARAN NO 1 ASIA.


Kenapa saya tulis "hidup" yang baru???? Semasa dan selepas join program ni, saya sangat clear tentang tujuan dan matlamat saya sebagai seorang MUSLIM. Kenapa kita perlu kaya, perlu hidup senang, perlu banyak ilmu???? semua ini sangat PENTING untuk kita agar kita boleh bantu orang lain terutamanya bangsa seagama kita melalui harta dan kekayaan yang kita ada. Hanya dengan harta dan kekayaan inilah kita dapat mendekatkan diri lebih dekat kepada Allah. saya bagi contoh di sini, tanpa harta dapatkah kita, mak ayah kita menunaikan haji? dapatkah kita hantar anak-anak kita ke sekolah agama swasta? dapatkah kita hantar anak-anak kita ke pusat tahfiz? dapatkah kita memiliki rumah yang selesa untuk keluarga kita? itu kita lihat dari aspek peribadi. Sebagai umat islam kita juga berperanan dalam membangunkan ummah dan masyarakat. Kalau kita takde duit, dapatkah kita menyumbang untuk membantu fakir-fakir miskin? dapatkah kita bantu anak-anak yatim? ibu tunggal (ibu berdikari)?? Dan yang paling penting kita tidak akan dijajah seperti sekarang dan menjadi kuasa terbesar di dunia mengalahkan US. Segala-galanya memerlukan DUIT, nak bahagia dunia dan akhirat perlukan duit. 

Bersyukur dan bertuah saya dapat join program Dr Azizan ni. saya sangat mengagumi semangat dan kesungguhan beliau dalam mengubah nasib bangsa beliau sendiri dengan memberikan motivasi dan tunjuk ajar agar kita berjaya di dalam bidang perniagaan. Bidang perniagaan ini bukan bidang yang asing lagi di dalam ISLAM. Kita di malaysia PERCAYA bidang perniagaan itu milik orang Cina, bukan milik orang ISLAM. tapi kita tak sedar sebenarnya perniagaan ini sunnah rasulullah, dan Allah ada menyebut bahawa 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. 

Lagi satu, persepsi masyarakat tentang susahnya berniaga. Tak payah cakap masyarakat, saya sendiri mempunyai persepsi bahawa perniagaan tu susah, perlu modal yang besar, perlu itu, perlu ini. Ye, perniagaan memerlukan itu dan ini, perlukan kepayahan, jerih, perih, air mata, masa, waktu senang lenang kita diragut, waktu melepak kita dah tak de lagi. Tapi itu semua sangat manis jika kita tahu menguruskannya. Yang paling penting cara kita menguruskan hati kita. Kita hanya perlu bersabar dan mendidik hati kita. Semua ni perlukan ilmu.



Perniagaan tak perlu MODAL tapi perlukan MENTOR. Kenapa MENTOR??? Sebab kita tak akan buang masa menggagau, tercari-cari tentang ilmu perniagaan. Cara bijak dengan dapatkan MENTOR dulu, tau perkara asas dan penting dalam perniagaan baru mulakan perniagaan.

Kenapa MENTOR sangat penting??? Supaya kita tak akan ulang kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh otai-otai bisnes. SIAPA MENTOR tu yang menjadi persoalannya..Cari mentor yang terbukti berjaya seperti DAO (Dr Azizan Othman) kita la, who else? Ataupun cari seseorang yang jauh lebih berjaya dari kita di dalam bisnes di dalam bidang yang sama atau seangkatan dengannya.

Dalam program DAO, sangat ditekankan tentang konsep M.E.S.T.I.

M-MENTOR
E-ELMU/EMOSI
S-SISTEM
T-TINDAKAN
I- IMPIAN

Nak berbisnes juga kena ada ilmu, system, tindakan dan impian yang tinggi untuk menggerakkan kita agar mencapai hajat dan apa yang diimpikan dalam hidup.

Itulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan kali ini memandangkan ini first entry saya, tak perlulah panjang lebar sangat. Saya sangat suka dan appreciate menerima teguran dan nasihat serta komen dari pembaca semua.

***Bagi sesiapa yang ingin tambahkan ilmu perniagaan, sila like page DAO di SINI YER !!!! ...ILMU free je, tiada bayaran dikenakan, dont worry okeh!!!

Write with Love and Passion,
Rahmah
-SKIN EXPERT -

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...