Tuesday, 14 January 2014

Puting Botol Susu: Tips Elak Bayi Tersedak Susu.


Assalamualaikum....

Anak saya dah nak masuk 3 tahun pun bulan 9 tahun ni...baru nak share. Sebenarnya dari anak pertama lagi saya memang pakai puting "special" ni. tapi zaman tu kesedaran untuk share-share ni amatlah berkurangan..

Seram dengar cerita macam ni


Puting "special" yang saya nak share ni sangat praktikal untuk ibu-ibu yang hantar anak ke nursery...Yela, kita dah tak larat nak dengar kes-kes baby mati akibat tersedak susu ni. Memang ajal dah sampai tapi sebab kematian tu sangat jelas menunjukkan kecuaian dan betapa takde knowledge nya pengasuh di taska tu. Kadang-kadang yang ada knowledge pun bila malas dia datang, sama je perangai cam org tak pi sekolah. 

Puting ni saya beli kat Manjaku. Kat mana-mana pun ade je. Takla semahal puting-puting jenama lain tu. Ini saya beli RM13.50 je (Sebelum minyak naik RM13 je.). Tempat susu keluar tu berbentuk Y bukan lubang. Kalau nak beli, mintak dekat promoter tu puting Y atau X cut.

Elak bayi tersedak susu
Puting ni Y cut 
Tengok, ni saya buat demo tunjuk puting susu ni tak keluar air bila tonggeng ke bawah. jadinya, kalau baby kita hisap, baru keluar susu. Kalau tak hisap takdela keluar susu. Yang buat baby tersedak susu tu kadang-kadang baby kita nangis sebab lain tapi pengasuh sumbat juga susu, last-last tersedak sebab susu mengalir non stop, nak pulak lubang puting besar. Ada juga yang jenis botol susu di mulut, pastu tertido, susu berkumpul dalam mulut. Bahaya tu. 

Jadi, langkah berjaga-jaga kita salah satunya dengan penggunaan puting macamni. Kita kat tempat kerja, anak dengan pengasuh, memangla susah hati especially yang kecik2 ni. Kalau yang dah pandai pegang botol tu takpe. Tapi anak saya sampi 3 tahun (Haziq) pun saya masih guna puting ni. Rumah pun tak kotor, tak payahla asyik mengelap je (umminya memang "rajin"). Apa salahnya, kerja kita pun senang skit, kalau tengah2 main nanti sendiri jatuh sebab susu tumpah kat lantai. 
puting botol susu
Memang tak tumpah/menitik-nitik

Okla jelas rasanya mesej saya ni. kalau tak paham PM saya personally ye. ataupun komen kat bawah saya akan reply. Kita ni sebagai ibu memang fikir macam-macam. 1001 kemungkinan fikir tapi kita letak anak kita di bawah jagaan Allah walaupun anak kita secara fizikal di tangan pengasuh. Fikir yang baik-baik dan serahkan selebihnya pada Allah untuk lindungi anak kita. Kalau dah ajal memang kita tak leh menolaknya...Nauzubillah..

Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dari apa yang saya share ni...

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

3 comments:

  1. Sis puting pigeon ni boleh sumbat mane2 btol ke..or nk pigeon jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botol yg biasa..bukan wide neck

      Delete
    2. Botol yg biasa..bukan wide neck

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...