Monday 21 September 2015

Madu Asli Tau...bukan Tiruan Punya.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni SR dah terjumpa lubuk emas. Ehehe..kaya la SR lepas nih..bukan apa..ada jiran kepada sepupu SR ni dia memang peniaga jujur dan amanah. So dapatlah SR bertemu dengan makanan sunnah yang senang didapati tapi susah untuk dapat yang betul-betul ori.

Madunya asli tanpa campuran ok. Setelah menyelidiki dan mengintip cara madu tersebut diperolehi maka SR yakin sebenar-benarnya yakin yang madu tersebut sangat ori.

SR ni dah lali hidup dengan madu tak asli. Selama ni beli madu tak asli je. Ada sekali dua je dapat asli. Tapi harga dia mak aiiiii.....hmmm..paham2 jela kan.

Meh sini SR bagitau kebaikan madu lebah. SR amik dari blog bertuah ni. Bertuah la sebab terperinci dapat info sebab info blog ni dapat dari harian metro.

Inila dia rupa madu asli tualang yg SR jual.

Khasiat Madu Lebah
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

 

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.


7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
 
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Ok, kat bawah ni SR dapat dari blog Pakar Madu. Sebab apa pakar sebab dia lebih arif bab-bab madu ni. SR just orang yang jumpa lubuk madu asli je. Boleh baca cara ujian keaslian madu yang asli.

Kaedah ujian keaslian madu lebah
Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boeh DIPERTIKAI secara saintifik.

Berikut ialah MITOS yang sering digunakan oleh kita untuk menguji keaslian madu.
Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah
Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! 
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya  RACUN  yang sangat berbahaya. 
Kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu lebah asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu lebah sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu lebah asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah. 

 Bagaimana untuk menguji keaslian madu lebah?
Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:
  • Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.
  • Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  • Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
  • Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.
  • Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

Ok done sharing. Penat tau copy paste ni. Ehehe. Semoga bermanfaat.

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion






Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Sunday 20 September 2015

Servis Baik Punya.

Assalamualaikum.


Nak cerita kejadian sabtu lepas..dah basi baru nak story kan? Pastu tak sempat snap picture tempat kejadian pulak tu. Lepas dah pergi baru teringat nak share. 

Pergi dentist di KL Sentral. Naik tren berlima. Saje bawak budak bertiga ni naik tren. Dah selalu pun diorang naik tapi setiap kali naik memang macam first time naik. Kikikiki. Sabar jela. Terlewat skit dalam 5minit sebenarnya. Tu yang kelam kabut cari dental klinik tu. Tak cari pun. Tanya guard je senang.

Nak cerita pasal good service sebenarnya. Sebelum ni SR pergi dentist kat Ampang. Kalini bertukar angin pergi ke KL SENTRAL. Memang akan terus di sini kot. Heheh..sebab ape ye. Sebab layanan dia baik. Layanan dia 5 star. 

Panggil nama patient dan ingat plak tu (lepasni cek tgk samada dia ingat lagi ke tak next appointment nanti). Lepas tu dia explain,dia tunjuk kt husband lagi gigi isterinya yang berlobang cam tak reti jaga gigi langsung ni. Siap x-ray lagi sebab nak tahu kedalaman lubang (sebab memang dalam gila). 

Siap suruh SR pegang cermin lagi. Tengok gigi sendiri. Lepastu mulut dia pot pet pot pet bagi nasihat ala mak-mak. Memang rasa terharu sgt sebab tak pernah rasa layanan baik camtu. Dulu pergi kat Ampang tu layan nak tak nak je. Sepatah tanya sepatah jawab. Hmm..penat nak tanya.

Ni je gmbr yang ade semasa hari kejadian. Ni pun dah malam. SR pun tak sempat selfie.

Kali ni happy sangat. Kalau bayar mahal pun patient mesti suka sebab berbaloi dengan servis yang ditawarkan. SR pun berkecimpung dalam bidang servis (keje makan gaji). Kerja part time pun berkaitan dengan servis. Sebab tu kalau servis tak ok SR akan elergik skit.

Dalam bidang servis ni mesti bagi layanan tip top. Baru orang suka datang. Kalau kita caj mahal pun orang tak kisah sebab berbaloi dengan layanannya bak puteri. Betul, org Malaysia memang tak kisah spend lebih kalau apa yang kita bayar tu berbaloi dengan apa yang kita dapat.

SR bagi contoh ye. Contohnya kedai nasik campur. Kalau makanan tak banyak choice,tak sedap,cashier muka masam, pastu caj harga suka hati dia memang tak lama la kedai tu bertahan sebab kena boikot. 

Tiba-tiba datang satu kedai baru buka. Layanan baik,air kosong tak caj, setiap jumaat free air, ulam caj tak sama rega dengan sayur,wifi percuma,ekon. Tapi set nasik ayam dia RM13.99 dan sedap gilerrrrr Hah! SR yakin mesti full house.

Hahah..dah penat merepek harini. Bukan merepek tapi ni la dia luahan perasaan customer yang dahagakan servis dan layanan baik..kikik. walaupun SR pengedar Shaklee yang Sah, tetap SR juga sebagai pengguna sebab bukan semua benda SR jual. Tul tak? 

Ok SR nak makan jap. Kelaparan. Jemput semua makan.

Regards,
Rahmah 
Write with Love and Passion





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Saturday 19 September 2015

Mengidam Manis-manis Time Period


Assalamualaikum.

PMS (pre-menstrual syndrome) ni special utk wanita je. Org laki tak merasala perubahan cam kita org pompuan rasa. Setiap ciptaan Allah pasti ada hikmahnya. Kan?

Cerita harini cerita bab PMS. SR olah dari satu artikel.

Survey yang dibuat oleh penulis artikel yg SR share ni mengatakan 50% wanita akan makan lebih junk food semasa period,makan makanan segera dan makan manis-manis.

Penulis ni bagitahu yg beliau pun sama sebijik macam survey yang dia conduct. So dia dah risau sebab bila dia buat research dia dapati tabiat makan manis dan makan makanan segera ni boleh mempercepatkan proses penuaan.

Dr Danial Sister kata (world renowed anti-ageing expert). PMS disebabkan oleh rendahnya tahap progesterone dlm kitaran haid. Bila rendah, maka wujudlah mood swing,bad mood. Bila stress bad mood bagai so kita akan cari makanan yg buat kita happy. Selalunya manis la makanan yg kita cari. Org period dgn coklat memang takleh dipisahkan. Ini apa yg SR nampakla.

Biasa kita dgr dgn makan coklat akan buat kita rasa happy. Lagi satu coklat sangat sinonim dgn wanita. Ini semua sebab level progesterone rendah la cam Dr. Danial bgtau.

Lagi satu, Dr.Daniel kata kalau kita makan makanan bergula banyak sangat akan menjadikan kulit kita cepat tua,kusam dan cepat berkedut.(hohohoho..nangis!).

Ini disebabkan gula dalam darah ni attach dengan protein dan membentuk molekul yg merbahaya yg dinamakan AGE. AGE ni (advanced glycation end-product).

AGE ni akan musnahkan protein, sel-sel badan keras,tak fleksible. Collagen kulit kita juga akan cenderung kepada kerosakan pada umur 35 dan akan meningkat dengan lebih cepat.

So, kalau kita amik banyak gula, banyakla AGE ni membiak dalam badan kita. Jadinya cepat tuala kita.cepatlah kulit berkedut..(hohohoho..nangis lagi).


Awet muda


Gula pun bahaya kalau kita amik berlebihan. Boleh menyebabkan diabetes. SR yakin bab diabetes tu semua org pun tau kan. Tapi bab tringin makan manis-manis time peroid mesti ramai tak tau, termasukla SR.

Lagi satu info nak bagitau, ini info dari Nutritionist SR dapat time pegi talk haritu. Kate Leinweber pun sependapat dengan SR tau (ehehe..perasan). Bila nak dekat-dekat period sampaila datang period badan kita kita perlukan lebih magnesium.

Korang tahu tak? Biji koko sangat kaya dgn magnesium. Kalau tringin makan manis-manis tu makanla coklat bar. Tapi jgn banyak-banyak sangat nanti terlebih gula. Oat dgn sayur hijau pun banyak magnesium. Magnesium ni penting utk elak cramp perut time period, sembelit,cik b membengkak, sakit kepala. Sape yang sakit senggugut refer label GLA kat entry ye. harap dapat membantu korang.

Wanita ni special kan? Allah sayang lebih bak kata kak ros dalam upin ipin..ehehe. Jadi jagala diri kita. Sayangla diri kita. Kalau kita tak sayang sape nak sayang lagi kan. Lagi satu badan kita ni pun satu amanah. Kena jaga,tak bolehla cincai-cincai je makan sebarangan.




Kalau utk penjagaan kesihatan wanita SR cadangkan ambil set ni. Boleh ambil tak kira samada period atau tak. Anytime boleh ambil.

👑Vitalea
👒B Complex
👑Vita C
👒GLA
👑Peppermint Ginger
👒ESP

Kalau rasa banyak sangat atau nak bajet-bajet ataupun nak try dulu satu dua vitamin boleh roger SR. Boleh SR adjust yg mana sesuai dengan korang ye.

lmu yg dikongsikan harini SR import dari Antonia Mariconda ye. Beliau ni seorang Award winning beauty blogger, author, Sky TV presenter, celebrity beauty consultant, founder of safety in beauty campaign.


***SR tak pulak rasa nak makan manis-manis time tu..tak lalu makan adela.hihih..


Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion


I

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Wednesday 16 September 2015

Kenapa ESP mengenyangkan?


Assalamualaikum...



Nak tau tak sebab ape? Sebabnya Indeks Glisemik (G.I) di dalam ESP ni rendah. 

Indeks Glisemik/Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. 

Ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan.Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

Indeks glisemik adalah ukuran berapa cepat makanan yang kita makan dapat dipecahkan kepada glukosa (tenaga) dan dilepaskan ke dalam aliran darah. Makanan glisemik tinggi dapat dilepaskan ke dalam aliran darah dengan cepat menyebabkan kenaikan glukosa, manakala makanan glisemik rendah dilepaskan lebih lambat dari masa ke semasa. (Mana lebih untung? G.I rendah ke tinggi?)

Makanan glisemik tinggi  dipecahkan pada glukosa dan dilepaskan ke dalam badan dengan cepat, jadi itu bekalan tenaga jangka pendek. Sekiranya kita tak guna tenaga tu dalam masa tertentu maksudnya lepas makan kita tidur maka lebihan tu akan disimpan sebagai lemak. 

Makanan glisemik rendah pula dapat dikeluarkan pada badan dengan lebih perlahan, adalah bekalan tenaga jangka panjang, jadi kita boleh guna sikit demi sedikit ...


Haaa....sebab tu lah..sebab ESP ni rendah glisemiknya...

Sedap pun ye..rugilah tak try..

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion


Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Friday 11 September 2015

Tak Baik Menipu Tau!!!

Assalamualaikum...

Harini hari jumaat. Penghulu sehala hari. Nak share testimoni skit ni. Muka berjerawat buruk gila transform jadi macam cinderella..

Sekarang ni kan boleh edit gambar. SR faham sebab ada org kurang percaya bab2 kecantikan kulit ni kan. Yang tak cantik boleh cantik,yabg gelap boleh jadi putih, yang gemuk boleh kurus kan?

Ye...ye! Paham sangat. Syok bila edit-edit ni. Tapi syok ni sementara je. Sementara kita hidup. Nanti mati jawablahhhh. Jawablah kau!!!. Jawablah semua tu sebab menipu orang. Duit yang dapat hasil jualan produk yang kita tipu tu bagi anak bini makan. Mana datang berkatnya???

Haaa dah jadi ustazah SR dah ni.. slot tazkirah jumaat..hahaha.

Ok ni nak tepek satu testimoni. Tak mau cakap banyak sangat. Nanti jadi bebelan plak..kikiki

Page 1

Page 2

Produk yang diambil:
💊ESP 
💊ALFALFA
💊VITA C
💊B COMPLEX

Produk2 ni memang tepat sekali. Kalau SR,SR akan tambah Multivitamin (Vitalea) skali. 4 produk pun dah berkesan,inikan pula 5 produk..

Alfalfa memang tepat sekali utk detox. Detox usus sebab jerawat ni berpunca dari usus yang kotor. Detox on, jerawat akan malu2 nak tumbuh. Nak pulak ada 3 guard yg setia menepis minyak pada kulit kita (b complex,vita c dan ESP).

Nilai sendiri ok. Yang elok jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion







Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Thursday 10 September 2015

Kenapa Minum? Soya kan Bahaya!!!

Assalamualaikum...

Baca tajuk je dah takut..yeke takut. Bahaya tahap mana tu? Semut gigit pun bahaya gak...ehehe..bahaya la kalau semut charlie tu yang gigit,leh jadi gelembung-gelembung. Kalau baby kena paling kesian. 

Ciptaan menunjukkan kekuasaan allah kan? Semut yang kecil dan lemah dari kita pun boleh buat kita tak tidur malam. Tu belum semut hitam yang tak gigit orang tu masuk dalam telinga. Mau satu keje pun tak boleh buat.

Penanaman soya yang dikawal selia dgn ketat.

Inikan pula soya,soya sana sini...kalau bulan puasa lagi banyak soya,soya cincau, soya panas,tau fu fah. Air kotak pulak ada soya jenama drinho,f&n seasons,yeos, v-soy multigrain. Memang SR suka pun soya-soya ni.

Sayang-sayang sekalian ketahuilah soya ni yang melambak kat pasaran kita ni tak sama. Bukan semua soya sama. Ada yang kata minum soya ni memudaratkan kesihatan. Ada kajian mengatakan bahawa mereka yang mengambil soya mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik. 

So macam mana ni? Tak tau nak ikut yang mana satu. 

Dr. Brouse terangkan 7 checklist utk soy product. Dr .Brouse ni terkenal dengan kepakaran beliau dalam nutrisi dan pencegahan penyakit-penyakit kronik.

Soya Shaklee dipantau dari sekecil-kecil benih hingga siap dan dibotolkan sebesar-besar tong


Berikut ialah 7 quality checklist utk produk barasaskan soya.

1/ kacang soya mestilah ditanam secara organik. Guna baja organik. Jgn guna baja kimia sebab kandungan nitrat yg tinggi.

2/ kacang soya mestilah TANPA pengubahsuaian genetik. Genetiknya tidak diubahsuai atau soya yg tidak dicampur dgn bahan kimia contohnya dalam proses pembuatan air kotak.

3/ soya tersebut mestilah mengandungi 9 asid amino. Kualiti asid amino bergantung kpd cara penanaman dan penuaian soya tersebut.

4/ cara pembersihan soya mestila dengan menggunakan air dan bukan dengan alkohol. Alkohol akan memusnahkan isoflavones. Isoflavones inilah mencegah terjadinya cancer.

Sangat pure.yang tak suka soya pun boleh minum ESP ni.

5/ "anti-thyroid" and "anti-growth" mesti dibuang. Kedua-dua element ni wujud dalam soya mentah. Ianya mesti dibuang utk make sure tahap amino acid dan isoflavones di tahap yang tinggi.

6/ kacang soya mesti bebas haba/panas. Jika dipanaskan, 50% asid amino akan musnah.

7/ kacang soya tersebut mestilah ditambah nilai dengan calcium. Kalsium mesti ditambah untuk meneutralkan kembali asid. Asid terjadi akibat penyingkiran minyak dlm soya. Calcium bersifat alkali. Bila alkali bertemu asid maka kandungan soya akan neutral dan tidak membahayakan kesihatan.

So macam mana, soya yang korang minum camne? Ade tak criteria yang saya sebut tadi? Kalau takde jangan beli, sebab mungkin ia merbahaya. Soya sangat sensitif,silap langkah akan memudaratkan kesihatan.

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion






Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Tuesday 8 September 2015

16 Kelebihan Cinch untuk Langsing dan Cantik.

Assalamualaikum...

Hi!!! Camne pagi-pagi tadi? Cergas ke? Ke bangun-bangun je badan sakit-sakit. Tak maula sakit-sakit kan. Ramai orang tersayang di sekeliling kita. Mak ayah kita, adik beradik kita, kawan-kawan,suami,anak-anak.

Ni untuk korang yang perlu korang tahu...ada produk di dunia ni yang sangat baik dan natural.

Set Slimming Shaklee
16 kelebihan Cinch untuk anda:

1. Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya

2. Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan

3.Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian

4. Meningkatan metabolisme badan

5. Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus

6. Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit

7. Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan

8. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut

9. Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.

10. Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

11. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

12. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

13. Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

14. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

15. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

16. Soya bukan GMO

Testimoni set kurus Shaklee
Credit:chrysalis nurul

Boleh mix gak ESP dan Cinch ni. Sedapppp sangat tau flavor Cinch ni. Berpeluh2 pas minum, bertenaga rasa.


Sape yang pagi-pagi dah rasa letih elokla try ESP dgn CINCH ni..kalau tak nak try satu2 dulu..yang penting saya akan guide korang.

Meh tengok testimoni banyak lagi KAT SINI.

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Korang Tahu Tak???

Assalamualaikum...

Haaaaaa..ni nak tanya ni...korang tahu tak? ESP kesukaan rakyat Malaysia ni RENDAH LEMAH & BEBAS KOLESTROL tau..



Sebab tu dia memang menjadi kegilaan gadis-gadis jejaka-jejaka yang tak cantik dan handsome pada mulanya... Lepas minum ESP semua cantik-cantik handsome bagai...hahaha.. overclaim tak..

Mana ade tak overclaim pun..best tau..tryla..takleh nak cakap lebih-lebih. Tapi seriously SR tak pernah suka supplement sehinggalah ditemukan dengan Shaklee. Different, truly different.

Korang kenala amalkan,bukan minum sekali dua atau setin lepas tu dah tak minum. Kemudia hari2 belek cermin tengok tang mana lawa,tang mana segak. Taklehla camtu. Amalkan,sebab kita semakin hari semakin tua...

Kulit kita,badan kita kenala maintain selalu kalau nak sihat dan cantik. Cer tengok diorang ni. Diorang ni memang peminat tegar ni..

Nah tengok kandungan ESP ni yer!

Free from cholestrol
Jangan risau, bukan menambahkan lagi kolestrol yang sedia ada dalam badan kita. Siap merendahkan lagi paras kolestrol adela..cer tengok testimoni DI SINI...

Kalau nak kurus pun wajib dapatkan ESP. Sebab ESP ni buatkan kita rasa kenyang lebih lama..

REGARDS
Rahmah
Write with Love and PassionA1sa


Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Monday 7 September 2015

Resipi ESP yang Menggiurkan


Assalamualaikum...

Memandangkan ESP ni ada peminat fanatiknya yang tersendiri, SR share resipi yang menggiurkan ni.

Selalunya SR just bancuh ESP + MILO je..sebab tu fevret 

🍓Strawberry Almond with Honey🍓
##############

Ahaaaaaaiiiii.....so tempting!!! 

Resipi:

2 sudu besar ESP
5 biji strawberi sederhana besar diblend terlebih dahulu
3 sudu besar madu
5 biji badam diblend terlebih dahulu 

👄👄👄👄👄👄👄👄👄👄

Gubah resipi anda setiap hari mengikut citarasa sendiri k!

Note:ESP Sangat special harganya bulan September ni..rugi tak rasa.



Regards,
💐Rahmah💐
Write with Love and Passion


Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Sunday 6 September 2015

Pilihlah yang Terbaik.



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Friday 4 September 2015

Luahan Hati Seorang Ibu Beranak Dua


Assalamualaikum..

luahan hati fren dlm fb 

Sedihnya baca...Alahaiii....ibu2 ni camnilah kekdahnya. Berkorban sentiasa. Wahnan 'ala wahnin (kesukaran atas kesukaran). Bertimpa timpa kesusahannya..

Wahnan 'ala wahnin ni glemer atau kita selalu dengar time hari ibu bila sebut tentang pengorbanan seorang ibu. Ia dipetik dari surah Luqman:14..

Jangan sedih2,kalau penat,letih sekalipun kita akan dapat pahala.  Ganjaran syurga menanti bagi yang bersabar. Cewah cam ustazah la plak (padahal selalu je SR bertukar menjadi raksasa dengan budak bertiga tu).

Kalau letih2 tak bermaya nah cuba try test amik ESP. ESP pun ade kalsium. 

ESP

Tak pun amik set ni. 

Set Cun Melecun

Ok sekian.

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Thursday 3 September 2015

Kegilaan apakah ini????

Assalamualaikum..

Sejak SR berkecimpung dalam dunia vitamin ni, terkejut sebenarnya dengan sambutan orang ramai terhadap ESP ni..

Apa lagi, maka SR pun menerai setin...memang takleh miss amik ESP ni..macam berhantu. Pertama sekali sebab sedap,kedua sebab dia ada kesan. SR amalkan dulu sebab untuk menyusu. Suka sangat dengan kesan dia. Susu meriah kulit cantik pastu energetic.

Bukan tu je kesan dia..bawah ni ialah testimoni penggemar ESP. Diorang kata:

♡ kulit mereka lebih sekata,lebih cerah
♡ kulit kurang berminyak, bedak pun tahan lama kalau tepek kat muka
♡ Jerawat jarang muncul
♡ Kulit lebih anjal
♡ Rambut kurang gugur
♡ Kekal bertenaga sepanjang hari,
♡ kenyang lebih lama
♡ kurang nak mengunyah junk food
♡ takde dah gastrik/senggut
♡ tumbuh makin fit,slim
♡ kalau ibu hamil lak, mereka kata mereka lebih bertenaga, anak yang lahir kulit saaaangat cantik, tak mudah ruam
♡ kalau yang ibu menyusu pulak, mereka kata susu lebih pekat, banyak
♡ awet muda
♡ rahim lebih kuat
♡ Kuku jadi cantik
♡ Parut stretch mark hilang
♡ dan baaaaanyakkkk lagi feedback yang best best

Can't live without ESP!!!dasyat!


tu semua diorang yang kata tau.. 


Itu yang kejap2 repeat order, tu yang kalau dah berbulan skip ESP, last-last for sure akan kembali cari balik order ESP.

Bulan ni ESP OFFER 5% kalau beli 2.
&
Beli 6 free 1.

Best gila,boleh beli buat stok takpun share2 dengan family/kawan. Siap dapat cash rebate lagi.

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Wednesday 2 September 2015

Menyelam Sambil Minum Air.

Assalamualaikum..

Harini kisahnya begini..kerja cam biasa. Pergi court balik court..cuma menyelam sambil minum air. Menyelam-menyelam ni dah biasa. Tapi menyelam tempat yg sama jela.

Pagi tadi gi shah alam high court. Dari kl pagi-pagi drive ke shah alam. Takda pagi sesudah subuh. Kul8.30 baru terkedek-kedek gerak. Ade kawan order Vita C. So hantarla sekali. Kawan keje di court..makanya senangla proses menyelam SR...

Inilah vitaminya..

Kalau tak pergi shah alam SR pos laju je. Setakat ni memang laju la.hehehe..banyak lagi kisah Vitamin C di sini.

Have a good day. Every day is a good day!


Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion




Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...