Saturday 26 October 2013

MENTOR pun dah jadi macam ARTIS !!!!!

Assalamualaikum....

First time, memang first time. First time saya jumpa dengan MENTOR saya hari ni. Sebelum ni hanya di alam maya. Walaupun sekejap berjumpa dan berinteraksi, memang seronok macam dah biasa berkawan dan bergaul sebelum-sebelum ni. Sangat mudah ingat nama kami yang hadir sessi coaching dengan beliau dan pandai mengambil hati kami semua.

Coaching ni bukan paksaan. Sesiapa yang interested je diWAJIBkan. yang tak interested jatuh hukum HARUS. ehehe..gurau je. Kalau rasa nak bergerak ke hadapan, nak tau cara-cara org yg dah pun berjaya, pandai-pandaila cari MENTOR masing-masing. 


kami yang hadir pada 26.10.2013


Kalau yang tak tau, ni la alkisahnya bisnes SHAKLEE. Dalam bisnes ni tak de sape2 pun yg paksa kita buat sales walaupun namanya MLM. Kalau taknak cari org pun takpe, nak cari org pun takpe. nak makan2 sendiri je pun lagi la tak salah di sisi undang-undang Shaklee apetah lagi undang-undang Malaysia..

Agak-agak nak income setaraf Perdana Menteri, kacau la MENTOR masing-masing, suruh dia tunjuk jalan macam mana nak dapat income macam yang kita nak tu.

MENTOR saya ni sangat hebat orangnya, umur memang muda dari saya. tapi semua tu bukan jadi penghalang. saya tak kisah umur dia muda dari saya, tapi pengalaman dia yang saya kisahkan. MENTOR ni org yg ada banyak pengalaman dari kita. dia dah berjaya dan dia bagitahu kita jalan shortcut untuk berjaya supaya kita tak ulang kesilapan macam yang dia dah buat dulu. Jalan MENTOR saya ni memang BELIKU. So, kita tak perlu lagi lalui jalan yang sama.

The Magic Mentor Saya !!!!


Setiap kali sessi coaching tamat, masing-masing berebut nak ambil gambar dengan mentor. kenapa ye? kenapa kita sibuk nak ambil gambar dengan ustaz azhar idrus, kenapa nak ambil gambar dengan ustaz kazim? sebab kerana ilmu dan kebijaksanaan diorang. ramai org respek mereka sebab ilmu yang diorang ada dan of kos diorang ni dah jadi selebriti, sebab tu ramai yang suka.

Sama juga macam MENTOR saya ni, dia dihormati dan disayangi kerana niatnya, ilmunya, bijaknya, so ramai anak-anak didik sangat respek dan senang dengan sikapnya. Ini baru coaching beberapa org je anak didik, belum lagi datang anak didik dia dari seluruh Malaysia, mesti tak larat tahan FLASH camera, kejang kaki berdiri, dipeluk cium sampai lebam dan banyak lagi adegan-adegan yang sama seperti artis TOP di malaysia lalui dalam hidup diorang.  

Dan yang paling SYOK, mentor saya ni manusia yang bermanfaat kepada org lain. Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat kepada org lain, pernah tak dengar??? 

Kan kalau kita mati, ada 3 amalan je yang kita bawa. 1. anak soleh yang mendoakan kita. 2. ILMU YANG BERMANFAAT dan 3. amal jariah.

Bak kata Dr Muhaya, ni semua pencen kubur. In sha Allah, teringin nak jadi seperti beliau. Memberi Inspirasi kepada orang lain. Aminn..

Regards,
Write with LOVE and PASSION
~Rahmah~


Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Friday 18 October 2013

GLA COMPLEX- Khas untuk yang Serius Nak Cantik dan Sihat Je !!!

Assalamualaikum..

Sape TAK SUKA kulit muka dia nampak cantik ???? Sape suka bila kita beli sesuatu produk, kesan produk tu membuatkan kulit kita cantik dan pada masa yang sama dapat memelihara kesihatan dalaman kita ??? Ye, betul, 2 dalam 1. Itulah yang kami tawarkan kepada anda.
GLA COMPLEX
Berikut adalah kelebihan GLA COMPLEX yang tak ade pada produk lain di dalam 1 botol. Jika anda memiliki GLA COMPLEX ini, selain kulit cantik, anda juga akan dapat BONUS nikmat kesihatan yang baik.
  •  Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  •  Membantu meningkatkan kesuburan.
  •  Melegakan PMS (sindrom pra-haid).
  •  Menguatkan kuku dan rambut.
  •  Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  •  Membantu menangani ekzema.
  •  Melegakan simptom akibat artritis reumatoid.
  •  Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  •  Menguatkan imuniti tubuh.
  •  Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  •  Mengurangkan blood-clot-penyebab serangan jantung
  •  Mengawal kolesterol.
  •  Untuk fungsi saraf.
  •  Membantu menstabilkan hormon dalam badan
  •  Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
  •  Mengatasi masalah jeragat terutama bagi wanita lepas  bersalin.
  •  Mampu mengecutkan cyst.




Untuk mendapat hasil yang double, amalkan pengambilan GLA COMPLEX bersama-sama ESP.

ESP kaya dengan sumber Protein yang baik untuk keanjalan kulit, menambahkan keserian dan kulit juga lebih gebu dan sihat.
***Bonus: ESP juga berkesan untuk menurunkan berat badan.





Berikut adalah testimoni pelanggan-pelanggan kami yang telah berpuas hati dengan keberkesanan GLA dan ESP.












Kepada yang ingin mendapatkan harga jimat dari kami, berikut adalah harga yang kami tawarkan kepada anda:


RM241.25 (Semenanjung Malaysia)


RM250.00 (Sabah & Sarawak)


Kos Penghantaran:RM10 sahaja.





Di atas keinginan kami yang tinggi untuk membantu anda mendapatkan kulit yang cantik, kami sanggup berikan anda harga SUPER JIMAT jika anda menjadi 20 pembeli terawal dengan harga:

VVV
VV
V

RM 194 SAHAJA !!! 



Kulit kita semakin hari semakin susut nilainya, jangan biarkan kecantikan anda diganggu gugat oleh faktor usia dan persekitaran serta cuaca. Jika anda berminat untuk mengubah atau menambah baik kualiti kulit anda, hubungi saya di:

sms/call : 012-6618052
atau
email: nuramni22@faco.com.my

atau 
PM di FB Siti Rahmah Ibrahim

***Anda juga diberikan aturan makan yang betul dan konsultasi secara percuma.







Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Tuesday 15 October 2013

Kenali Jenis Kulit Anda !!!!!

Assalamualaikum...

Kali ni entrinye tentang perkara asas...kalau nak cantik, mesti la terlebih dahulu kenal jenis kulit barula kita tahu macam mana nak mulakan dengan proses penyembuhan/membaikpulih kulit dan sebagainya.

Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :

1-Kulit Normal
2-Kulit Kering
3-Kulit Berminyak
4-Kulit Kombinasi

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam

p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!




KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak


KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika
berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat padabahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka




Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress

  • Simptom semasa kulit sensitif

  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.


  • Write with LOVE and PASSION
    ~Rahmah~
    ~SKIN EXPERT~

    Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

    Bisnes Macam Ni laaaa yang Kaum Ibu Suka !!!!!!!

    Sape ibu-ibu di Malaysia ni suka pergi kerja tinggal anak dengan pengasuh ???? tinggal dekat taska ???? pagi-pagi kejut anak tengah syokkkk tidur, petang pulak pukul 7 baru ambil anak ???? seronok ke??? kalau seronok takpe, teruskan dengan hidup anda !!!! bagi yang tak seronok hantar anak pagi-pagi buta, makan masakan tukang masak, anak setahun dua tahun tiap-tiap minggu, tiap-tiap bulan selsema..tapi mak ayah tak boleh nak buat apa..nak buat macam mana, ibu kerja sayanggg !!!!

    Sebenarnya naluri seorang ibu ni sangat lembut, sangat mudah tersentuh. Maka tak hairanlah ibu-ibu yang dah pun mulakan bisnes sampingan dengan harapan nak berhenti kerja dan tumpukan sepenuh masa bersama family di samping buat bisnes sendiri secara kecil kecilan demi anak-anak.

    Apa yang ibu-ibu boleh buat untuk tambah pendapatan ialah dengan join Shaklee. Jadi ahli yang berdaftar dan kemudian enjoy benefit-benefit yang Shaklee offer iaitu 3C. Car, Cash dan Convention.

    Setiap bulan akan ada Bonus dibayar kepada kita. Bonus ni bergantung kepada jumlah sales yang kita berjaya buat/capai pada bulan tersebut. Mula-mula 2 angka, lepas tu 3 angka dan seterusnya 4 angka dan seterusnya 5,6 angka. Berapa kita nak, kita boleh plan. dan semuanya bergantung kepada kuasa Allah. 

    Dalam bisnes apa pun kena ada Mentor, kena ada guru pendek kata, baru la kita nampak jalan dia, baru la kita tak sesat. Dengan Shaklee pun sama, bukan lepas join Shaklee anda terkapai-kapai sorang diri. Sebab tu la kalau nak berjaya dengan Shaklee kenala pilih Mentor yang hebat. mentor yang dah berjaya. Rahmah bersyukur dianugerahkan dengan satu kumpulan sokongan yang betul-betul guide, betul-betul bagi ilmu dan kemahiran dalam buat bisnes Shaklee ni, tinggal nak apply dengan tak je.

    Kalau ada sesiapa yang cakap "saya tak de backround buat bisnes, saya tak reti cakap" semua tu tak menjadi halangan untuk berjaya. Bila join je Shaklee, kita seolah-olah di dalam dunia yang lain. bagi yang tak pernah join mana-mana bisnes secara berkumpulan, memang kita akan rasa kelainan. satu perasaan yang kita tak pernah dapat sebelum ni. rupa-rupanya kita bukan sahaja kejar dunia, tetapi akhirat pun kita kejar, Kalau sesiapa yang join group yang Rahmah join ni, memang confirm tak akan menyesal. Mentor-mentor yang hebat sentiasa membantu anda. kalau rasa nak rest, rest la, sebab tak ade orang akan push anda untuk buat sales, tak ade sesiapa pun yang kejar untuk buat sales, semuanya di tangan kita masing-masing.

    Dan baru-baru ni Shaklee keluar paper berkenaan dengan peluang perniagaan yang ditawarkan. dan jika Shaklee ni syarikat penipu, sure paper Utusan tak akan keluarkan artikel best ni, sure tak dapat liputan media. bleh klik DI SINI untuk baca selanjutnya.



    sekarang kita layan gambar pulak ok!!! ini sebahagian dari group support yang terdiri dari mentor-mentor yang hebat. gambar ni ihsan dari Master Cery (one of the Magic Mentor).





    Macam mana nak join group ni? itu yang penting yang anda wajib tahu...tak susah, hanya RM75 je seumur hidup. RM75 tu melayakkan anda untuk dapat memberkit dan lepas tu anda dah boleh jana income seberapa yang anda nak. nak RM50 ke, RM500 ke, RM5,000 ke terpulang pada diri anda..yang penting FAST ACTION, FAST RESULT. Cepat bertindak, cepatla dapat hasilnya. 

    Rahmah offer ni kepada yang betul-betul berminat untuk generate income, nak kebebasan dalam spend duit. nak kebebasan masa, boleh buat apa yang kita suka tanpa kita terikat dengan bos. Ataupun sesiapa yang nak join Shaklee untuk beli dan makan untuk ahli keluarga.

    Tetapi sesiapa yang nak buat bisnes dengan Shaklee, anda memang dah berada di blog yang sesuai, di platform yang betul, cuma RM75 je yang membezakan kita. Jika anda betul-betul berminat, inform Rahmah.

    Write with LOVE and PASSION
    ~Rahmah~
    ~SKIN EXPERT~


    Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

    Thursday 10 October 2013

    Ghairah Putihkan Kulit undang Kanser

    Assalamualaikum...

    Baik lelaki mahupun wanita mesti idamkan untuk dapat kulit yang cantik dan bermaya, tetapi jangan sampai kita obses nak cantik sampai mengundang bahaya jika kita tak tau cara yang betul.

    Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit / 5 billion sel sehari. Mana-mana sel yang mati akan berkumpul menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya dan terjadinya masalah jeragat, jerawat, liang roma terbuka dan bintik hitam. ini menyebabkan wajah kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.

    Dalam usaha kita untuk mendapat kulit yang cantik dan bermaya, sila jauhi produk yang mengandungi bahan kimia iaitu HIDROKUINON yang boleh menyebabkan terjadinya kanser. Anda tahu apa itu melanin tak? melanin ni fungsinya melindungi kulit daripada sinar UV dan menghindarkan dari kanser kulit. Tapi, jika anda guna hidrokuinon ni, ia akan menghalang pembentukan melanin.   



    Hidrokuinon ni ialah racun yang kerap digunakan pada krim malam dan krim pemutih kulit. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor atau farmasi. Kalau anda nak tahu, ia adalah racun yang sangat merbahaya dan mengandungi bahan kimia yang kuat. Disebabkan itu, ia juga digunakan dalam proses pemprosesan getah dan dye rambut dan ada sifat meluntur dan menghakis lapisan luar kulit kita (epidermis).


    Jika kita guna produk yang ada hidrokuinon ni, memang sangat berkesan untuk mencerahkan kulit, parut jerawat dan jeragat, tapi ramai yang tak tahu yang disebabkan hakisan kuat tu lah yang buat kulit jadi cerah dan cantik dalam masa yang singkat. Cantik sekejap je, dan akan bertukar kepada kulit asal semula kalau kita stop guna produk tu. Kalau nak terus menerus jadi putih dan cantik, kenala guna produk yang ade kandungan hidrokuinon dengan dos yang lebih tinggi.




    Lepas tu lapisan kulit epidermis pun rosak dan kulit dah tak de protein dan melanin lagi untuk lindungi kesan pancaran UV, last-last jadi puteri lilin yang bila kena cahaya matahari je dah mula muka merah-merah, pedih dsb. Dipendekkan cerita lama kelamaan bila fungsi kulit kita dah diganggugugat dan terdedah kepada sinar UV, maka wujudlah kanser kulit.



    Take note juga ye, selain hidrokuinon, krim malam dan krim pemutih kulit ini juga merbahaya jika ada kandungan merkuri, tretinoin, raksa, monobenzil, asid askorbik dan peroksida yang mana boleh diserap menerisi pembuluh darah hingga boleh memberi kesan kepada pertuturan, pendengaran, muntah, renjatan otot, sakit kepala, sawan dan koma.

    Kalau tanya saya, mestila saya suka guna bahan-bahan semulajadi yang selamat dan berkesan.

    Write with Love and Passion
    Rahmah
    ~SKIN EXPERT~



    Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

    Wednesday 9 October 2013

    AWAS !!!! Bahana Collagen Keluaran Shaklee

    Assalamualaikum.....

    Ni la dia akibatnya, bahana Collagen. kulit secantik artis tuuuu....tak payah la nak suntik-suntik bagai, sebab sekarang ni tak main suntik2 dah...tak suntik pun muka boleh jadi tegang, jeragat hilang....warna kulit muka sekata, kuku dgn rambut cantik, macam-macam lagi la ...yang bestnye kesan dia memang cepat nampak. ok, jom tengok apa JAMINAN SHAKLEE dalam mengatasi masalah KEDUTAN (wrinkle), hanya dalam 8 minggu je...

    >>>Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu*
    ♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
    ♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
    ♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
    ♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
    ♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
    ♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
    ♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
    ♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
    ♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan





    Best kan???? itula, kepada sesiapa yang tak tau, Shaklee pun ada collagen, tapi collagen Shaklee ni dikeluarkan selepas ujian makmal dan research yang menyeluruh dibuat then barulah dipasarkan kepada kita. sebagai pengguna kita wajib ambil tahu macam mana produk tu dihasilkan utk make sure bila kita makan tak ade bahan yang terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan kita pulak nanti.


    Write with LOVE and PASSION,
    Rahmah
    ~SKIN EXPERT~


    Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

    Monday 7 October 2013

    Patut la Collagen Shaklee ni BERKESAN.....

    Assalamualaikum...

    Sibuk, kelam kabut, huru hara dibuatnya bila sebut Collagen Shaklee ada promotion. Mana taknye beli 6 kotak percuma 1. boleh beli banyak-banyak lepas tu simpan buat stok ataupun beli banyak-banyak dan share dengan kawan-kawan atau adik beradik. harga 6 kotak dibahagi dengan 7, harga sekotak lagi la murah kalau camtu, + FREE membership..nak tau camne FREE membership tu kena tanya Rahmah ye sebab entri kali ni Rahmah nak cerita pasal BESTTTNYA Shaklee Collagen Powder (SCP). sebab SCP ni sangat lain daripada yang lain, pendek kata sangat berkesan....

    • Apa itu Collagen?????


    Collagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.

    KULIT- LEBIH kurang 72% daripada kulit adalah Collagen.

    MATA- kornea juga adalah Collagen

    ORGAN DALAMAN- kornea melindungi organ hati, perut, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.

    TULANG- 80% tulang adalah Collagen.

    • Apa yang membezakan COLLAGEN jenama lain dengan SCP???


    Perbezaan dari segi:

    1) MOLEKUL

    Keistimewaannya terletak pada jisim MOLEKULnya yang rendah- SCP mempunyai jisim molekul 1000 Dalton sahaja berbanding jenama lain yang mempunyai jisim molekul lebih dari 300,000 (jisim molekul biasa), dan 3000-5000 Dalton (jisim molekul rendah).

    Lebih Rendah jisim molekul, maka lebih baik penyerapan Collagen tersebut dan kesannya lebih cepat.





    2) diperbuat daripada SISIK Ikan Merah (sumber Collagen yang Lasak).

    Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m  di bawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, lebih sukar bagi ikan yang biasa untuk hidup.

    Ikan merah ini boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam yang ciri inilah yang menjadikan ianya sumber Collagen yang sangat lasak.

    LAGI kelebihan yang ada pada ikan merah:
    1. sangat lasak dan elastik;
    2. kepaduan sel yang sangat tinggi;
    3. tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
    4. jisim molekul yang sangat rendah





    3) TUJUH bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, Kolagen Ikan, ekstrak kerang-kerangan laut, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan kita dari dalam ke luar.

    huhuhu..rasa macam belajar subjek sains la pulak, tapi sains ni la sangat penting untuk kita tau bagaimana SCP ni dihasilkan...bukan dihasilkan dalam sehari dua, ianya mengambil masa supaya sesuatu produk yang Shaklee keluarkan SELAMAT dan BERKESAN. kajian sains yang begitu teliti membolehkan SCP ni dihasilkan dengan ciri-ciri yang terbaik berbanding collagen-collagen lain di pasaran.

    SCP ini memang sangat ringan molekulnya dan disebabkan molekulnya yang ringan inilah membuatkan SCP sangat cepat menyerap di dalam badan. apabila diserap dengan cepat, kesannya juga CEPAT...in sha allah dengan izin allah.

    p/s: sebelum ambil collagen, sila ambil tau sedikit latar belakang collagen tu sebab collagen ni ada pelbagai jenis. pilih collagen yang hanya berkesan dan selamat je.

    Write with LOVE and PASSION
    ~Rahmah~
    SKIN EXPERT

    Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

    Saturday 5 October 2013

    MUKADDIMAH

    Assalamualaikum....

    Wah !!! betapa excitednya saya menulis dengan entri pertama saya di blog baru saya...saya pernah ada blog. tapi rupa-rupanya blog tu dihasilkan tanpa rasa cinta, tanpa rasa passion tentang apa yang saya kongsikan sebelum ini. Maka bermulalah episod baru saya di sini, di blog yang baru.


    Pelik, memang sangat pelik, tiba-tiba saya dapat passion untuk menulis ni selepas ikuti program Dr Azizan Osman. saya join program Dr Azizan yg berlansung di PWTC pada 27-29 September, 2013, SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI 2013 (IJI) iaitu lebih kurang seminggu yang lepas. Hari ini baru saya dapat menulis sebab lepas je tamat program tu saya terus cari seseorang untuk design satu blog saya yang baru untuk satu suntikan semangat baru bagi memulakan "hidup" yang baru. (nanti saya share tentang hamba allah yang design cantik blog ni)

    MENTOR PEMASARAN NO 1 ASIA.


    Kenapa saya tulis "hidup" yang baru???? Semasa dan selepas join program ni, saya sangat clear tentang tujuan dan matlamat saya sebagai seorang MUSLIM. Kenapa kita perlu kaya, perlu hidup senang, perlu banyak ilmu???? semua ini sangat PENTING untuk kita agar kita boleh bantu orang lain terutamanya bangsa seagama kita melalui harta dan kekayaan yang kita ada. Hanya dengan harta dan kekayaan inilah kita dapat mendekatkan diri lebih dekat kepada Allah. saya bagi contoh di sini, tanpa harta dapatkah kita, mak ayah kita menunaikan haji? dapatkah kita hantar anak-anak kita ke sekolah agama swasta? dapatkah kita hantar anak-anak kita ke pusat tahfiz? dapatkah kita memiliki rumah yang selesa untuk keluarga kita? itu kita lihat dari aspek peribadi. Sebagai umat islam kita juga berperanan dalam membangunkan ummah dan masyarakat. Kalau kita takde duit, dapatkah kita menyumbang untuk membantu fakir-fakir miskin? dapatkah kita bantu anak-anak yatim? ibu tunggal (ibu berdikari)?? Dan yang paling penting kita tidak akan dijajah seperti sekarang dan menjadi kuasa terbesar di dunia mengalahkan US. Segala-galanya memerlukan DUIT, nak bahagia dunia dan akhirat perlukan duit. 

    Bersyukur dan bertuah saya dapat join program Dr Azizan ni. saya sangat mengagumi semangat dan kesungguhan beliau dalam mengubah nasib bangsa beliau sendiri dengan memberikan motivasi dan tunjuk ajar agar kita berjaya di dalam bidang perniagaan. Bidang perniagaan ini bukan bidang yang asing lagi di dalam ISLAM. Kita di malaysia PERCAYA bidang perniagaan itu milik orang Cina, bukan milik orang ISLAM. tapi kita tak sedar sebenarnya perniagaan ini sunnah rasulullah, dan Allah ada menyebut bahawa 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. 

    Lagi satu, persepsi masyarakat tentang susahnya berniaga. Tak payah cakap masyarakat, saya sendiri mempunyai persepsi bahawa perniagaan tu susah, perlu modal yang besar, perlu itu, perlu ini. Ye, perniagaan memerlukan itu dan ini, perlukan kepayahan, jerih, perih, air mata, masa, waktu senang lenang kita diragut, waktu melepak kita dah tak de lagi. Tapi itu semua sangat manis jika kita tahu menguruskannya. Yang paling penting cara kita menguruskan hati kita. Kita hanya perlu bersabar dan mendidik hati kita. Semua ni perlukan ilmu.



    Perniagaan tak perlu MODAL tapi perlukan MENTOR. Kenapa MENTOR??? Sebab kita tak akan buang masa menggagau, tercari-cari tentang ilmu perniagaan. Cara bijak dengan dapatkan MENTOR dulu, tau perkara asas dan penting dalam perniagaan baru mulakan perniagaan.

    Kenapa MENTOR sangat penting??? Supaya kita tak akan ulang kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh otai-otai bisnes. SIAPA MENTOR tu yang menjadi persoalannya..Cari mentor yang terbukti berjaya seperti DAO (Dr Azizan Othman) kita la, who else? Ataupun cari seseorang yang jauh lebih berjaya dari kita di dalam bisnes di dalam bidang yang sama atau seangkatan dengannya.

    Dalam program DAO, sangat ditekankan tentang konsep M.E.S.T.I.

    M-MENTOR
    E-ELMU/EMOSI
    S-SISTEM
    T-TINDAKAN
    I- IMPIAN

    Nak berbisnes juga kena ada ilmu, system, tindakan dan impian yang tinggi untuk menggerakkan kita agar mencapai hajat dan apa yang diimpikan dalam hidup.

    Itulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan kali ini memandangkan ini first entry saya, tak perlulah panjang lebar sangat. Saya sangat suka dan appreciate menerima teguran dan nasihat serta komen dari pembaca semua.

    ***Bagi sesiapa yang ingin tambahkan ilmu perniagaan, sila like page DAO di SINI YER !!!! ...ILMU free je, tiada bayaran dikenakan, dont worry okeh!!!

    Write with Love and Passion,
    Rahmah
    -SKIN EXPERT -

    Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...