Showing posts with label Tips/Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips/Petua. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Madu Asli Tau...bukan Tiruan Punya.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni SR dah terjumpa lubuk emas. Ehehe..kaya la SR lepas nih..bukan apa..ada jiran kepada sepupu SR ni dia memang peniaga jujur dan amanah. So dapatlah SR bertemu dengan makanan sunnah yang senang didapati tapi susah untuk dapat yang betul-betul ori.

Madunya asli tanpa campuran ok. Setelah menyelidiki dan mengintip cara madu tersebut diperolehi maka SR yakin sebenar-benarnya yakin yang madu tersebut sangat ori.

SR ni dah lali hidup dengan madu tak asli. Selama ni beli madu tak asli je. Ada sekali dua je dapat asli. Tapi harga dia mak aiiiii.....hmmm..paham2 jela kan.

Meh sini SR bagitau kebaikan madu lebah. SR amik dari blog bertuah ni. Bertuah la sebab terperinci dapat info sebab info blog ni dapat dari harian metro.

Inila dia rupa madu asli tualang yg SR jual.

Khasiat Madu Lebah
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

 

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.


7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
 
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Ok, kat bawah ni SR dapat dari blog Pakar Madu. Sebab apa pakar sebab dia lebih arif bab-bab madu ni. SR just orang yang jumpa lubuk madu asli je. Boleh baca cara ujian keaslian madu yang asli.

Kaedah ujian keaslian madu lebah
Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boeh DIPERTIKAI secara saintifik.

Berikut ialah MITOS yang sering digunakan oleh kita untuk menguji keaslian madu.
Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah
Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! 
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya  RACUN  yang sangat berbahaya. 
Kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu lebah asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu lebah sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu lebah asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah. 

 Bagaimana untuk menguji keaslian madu lebah?
Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:
  • Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.
  • Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  • Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
  • Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.
  • Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

Ok done sharing. Penat tau copy paste ni. Ehehe. Semoga bermanfaat.

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion






Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Saturday, 19 September 2015

Mengidam Manis-manis Time Period


Assalamualaikum.

PMS (pre-menstrual syndrome) ni special utk wanita je. Org laki tak merasala perubahan cam kita org pompuan rasa. Setiap ciptaan Allah pasti ada hikmahnya. Kan?

Cerita harini cerita bab PMS. SR olah dari satu artikel.

Survey yang dibuat oleh penulis artikel yg SR share ni mengatakan 50% wanita akan makan lebih junk food semasa period,makan makanan segera dan makan manis-manis.

Penulis ni bagitahu yg beliau pun sama sebijik macam survey yang dia conduct. So dia dah risau sebab bila dia buat research dia dapati tabiat makan manis dan makan makanan segera ni boleh mempercepatkan proses penuaan.

Dr Danial Sister kata (world renowed anti-ageing expert). PMS disebabkan oleh rendahnya tahap progesterone dlm kitaran haid. Bila rendah, maka wujudlah mood swing,bad mood. Bila stress bad mood bagai so kita akan cari makanan yg buat kita happy. Selalunya manis la makanan yg kita cari. Org period dgn coklat memang takleh dipisahkan. Ini apa yg SR nampakla.

Biasa kita dgr dgn makan coklat akan buat kita rasa happy. Lagi satu coklat sangat sinonim dgn wanita. Ini semua sebab level progesterone rendah la cam Dr. Danial bgtau.

Lagi satu, Dr.Daniel kata kalau kita makan makanan bergula banyak sangat akan menjadikan kulit kita cepat tua,kusam dan cepat berkedut.(hohohoho..nangis!).

Ini disebabkan gula dalam darah ni attach dengan protein dan membentuk molekul yg merbahaya yg dinamakan AGE. AGE ni (advanced glycation end-product).

AGE ni akan musnahkan protein, sel-sel badan keras,tak fleksible. Collagen kulit kita juga akan cenderung kepada kerosakan pada umur 35 dan akan meningkat dengan lebih cepat.

So, kalau kita amik banyak gula, banyakla AGE ni membiak dalam badan kita. Jadinya cepat tuala kita.cepatlah kulit berkedut..(hohohoho..nangis lagi).


Awet muda


Gula pun bahaya kalau kita amik berlebihan. Boleh menyebabkan diabetes. SR yakin bab diabetes tu semua org pun tau kan. Tapi bab tringin makan manis-manis time peroid mesti ramai tak tau, termasukla SR.

Lagi satu info nak bagitau, ini info dari Nutritionist SR dapat time pegi talk haritu. Kate Leinweber pun sependapat dengan SR tau (ehehe..perasan). Bila nak dekat-dekat period sampaila datang period badan kita kita perlukan lebih magnesium.

Korang tahu tak? Biji koko sangat kaya dgn magnesium. Kalau tringin makan manis-manis tu makanla coklat bar. Tapi jgn banyak-banyak sangat nanti terlebih gula. Oat dgn sayur hijau pun banyak magnesium. Magnesium ni penting utk elak cramp perut time period, sembelit,cik b membengkak, sakit kepala. Sape yang sakit senggugut refer label GLA kat entry ye. harap dapat membantu korang.

Wanita ni special kan? Allah sayang lebih bak kata kak ros dalam upin ipin..ehehe. Jadi jagala diri kita. Sayangla diri kita. Kalau kita tak sayang sape nak sayang lagi kan. Lagi satu badan kita ni pun satu amanah. Kena jaga,tak bolehla cincai-cincai je makan sebarangan.




Kalau utk penjagaan kesihatan wanita SR cadangkan ambil set ni. Boleh ambil tak kira samada period atau tak. Anytime boleh ambil.

👑Vitalea
👒B Complex
👑Vita C
👒GLA
👑Peppermint Ginger
👒ESP

Kalau rasa banyak sangat atau nak bajet-bajet ataupun nak try dulu satu dua vitamin boleh roger SR. Boleh SR adjust yg mana sesuai dengan korang ye.

lmu yg dikongsikan harini SR import dari Antonia Mariconda ye. Beliau ni seorang Award winning beauty blogger, author, Sky TV presenter, celebrity beauty consultant, founder of safety in beauty campaign.


***SR tak pulak rasa nak makan manis-manis time tu..tak lalu makan adela.hihih..


Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion


I

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Friday, 14 August 2015

Pastikan Anak Anda Minum Air Masak !!!

Assalamualaikum.

Hari nak cite pasal pentingnya ajar anak-anak kita minum air masak.

Air masak kan tak sedap. Sebab tu susah sangat kita nak minum air masak ni. Baik yg muda sampaila ke tua.

Tapi benda tak sedap ni la bagi kita tubuh badan yg sihat.

Nak train anak minum air masak bagi sesetengahnya senang minum. Sesetengahnya susah ya amat...!!!

Anak-anak saya alhamdulillah senang. Ada jugak cabaran dia mula2 tapi pandai2 la kita psyco diorang, puji2 skit abesla cair.

Budak berdua ni pantang dipuji..kembang kempis nanti bontot.
Anak saya yg ketiga pun suka minum air masak. Baru setahun. Kelebihan air masak utk baby/kanak ni yg paling penting bagi saya ade 3 je. Bagi tujuan kesihatan maksud saya. Ada tujuan kecantikan tapi takde maknanye utk kecantikan bagi kanak-kanak ni. Kulit dorg pun banyak collagen dr kita. Tak berkurang lagipun (jelesnyeeee!!!)

Mula minum air kakak & abg guna straw

Yakult pun saya suka!!!

Ni bekal dorg bawa. 3org 3 botol.


3 tujuan utama bagi pendapat saya ye. (kalau ade lagi yg korang rasa baik utk kesihatan dorg sila add kat komen ye..tq)

1. Supaya kencing lawas. Sakit wooo sape penah rasa kencing tak lawas. Skit2 kencing dan pedih bahagian tutut...

2. Dapat menyahkan toxin dalam badan. Toxin ni terbentuk melalui pemakanan kita. Anak2 sekarang makan nugget,kentang goreng,fast food keropok,gula-gula. Zaman kanak2 kita dulu tak banyak fast food ni. Zaman sekarang ni banyak gila. So air masak ni dapat flush toxin melalui urine.

3. Sistem pencernaan akan lancar. Makan laju-laju,sumbat dalam mulut banyak2 tu memang type kanak2 sedang membesar. Kunyah sekali dua lepas tu telan. Air masak ni dapat membantu mempercepatkan proses pencernaan. Cepat cerna cepatla membuang. Tiap2 hari kena membuang ye syg2 sekalian. Kalau tak buang badan kita tak sihat,lemau2 sebab kita simpan racun dalam badan kita. Kalau tak suka minum air masak,pencernaan lambat dan bila time nak membuang setelah lama simpan dlm perut tiba2 sembelit...haaa??? Kan dah parah. Macam jatuh ditimpa tangga gitu.

Sembelit akan buat saluran buang air besar tu luka..sian dorg. Kalau kita ok,kalau dorg kena kita gak yg susah...susah hati,susah duit lagi. Yela nak byr kos ubat semua. Kang tak bawa g klinik kang takut ada benda serius plak.

So better kita ajar anak2 kita air masak dari awal. Setahun dah ok boleh start. Tapi ajar anak jgn plak mak ayah tak minum. Nanti jadi spt ketam ajar anaknya berjalan lurus plak. Almaklum jela kepimpinan melaui teladan katakannnnn..

Heheh..gurau2 je kay.. ok semoga korang semua dipermudahkan segala urusan berkaitan mendidik anak2 syurga ni kay.

Love all.

Regards,
Rahmah
Write with love and passion





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Monday, 4 May 2015

BAHAYA MINYAK MASAK DIGUNA BERULANG KALI !!!

Assalamualaikum....

Topik penting nak story ni...pentingla sebabnya kita deal dgn dia tiap2 hari. berkali-kali sehari plak tu..lagi banyak kita makan lagi kerapla kita deal dgn dia..



Rasanya majority rakyat malaysia suka mkn makanan bergoreng. Ade ke yg sehari tak pekena makanan bergoreng?? Sama la juga saya. Kena kurangkan la mulai sekarang. Tapi one thing saya nak share habit saya ni dari zaman sekolah dulu dah mula tak suka makanan yg digoreng berminyak sangat. Kalau minyak je saya amik tisu dan lap smpai minyak ia tak lekat di tgn. Goreng telo pun lap.

So kat sini saya terpanggil nak share sesuatu yg penting perlu kita tahu..especially si penyedia makanan kan mommy?? Kitala..kita kan multitasking..masak boleh, jaga anak boleh, repair bumbung rumah pun boleh..hehe..gurau je..gurau pun tak boleh!!! Eheh.

Baiklah, artikel ni saya dapat dari Utusan Malaysia bertarikh 24.12.2013. Pengulasnya ialah Dr Nurhayati Ali, seorang Pakar Pemakanan di DEMC Hospital Shah Alam.



Sebelum tu kita kenal dulu sifat minyak masak ok. time kita goreng,minyak masak melepaskan toksik yg dipanggil aldehydes yg mencemarkan udara dan disedut oleh manusia. Sisa toksik tu juga tertinggal dlm minyak masak yg kita gunakan berulang kali. Semakin byk kali kita guna semula myk tersebut semakin byk sisa toksik yg terkumpul.

Ia boleh menyebabkan penyakit altherosclerosis (salur darah tersumbat sbb ia menjadi keras dan tebal), penyakit hati,penyakit jantung,alzheimer,parkinson dan cancer.

Paling banyak pun kita nak guna semula minyak maximum 2@3 kali je. Contohnya goreng tempe,sayur,ikan bilis,tauhu dan kuih. Itupun depends pada struktur kelikatan warna minyak. Kalau dah color kehitaman tu elok tukar sebab minyak gelap tu tanda terjadinya pembentukan karbon. Bahaya sebab bahan toksik HNE @4-hydrox-trans-2 nonel yg tinggi.



Minyak yg color kehitaman elok terus dibuang. Minyak ni dipanggil minyak hangus. Makanan hangus spt roti bakar, sate dan charkuetiaw juga tak elok dimakan utk elak terjadinya canser. Kalau kita goreng makanan yg berdarah contohnya ayam,dgg dan ikan sebaiknya terus dibuang minyaknya lps guna.

Doktor pesan kt rumah mesti ada 2 jenis minyak masak. Minyak kelapa sawit dgn myk ni. Refer kt bawah ni ye utk 2 jenis minyak tu.

Minyak masak ni ada dua jenis:
•lemak tepu
e.g minyak kelapa sawit.
minyak ni stabil dlm suhu tinggi.e.g utk goreng aym,dgg.

•lemak tak tepu
terbahagi kpd 2:
Mono tak tepu dan poli tak tepu.

Contoh minyak mono tak tepu ialah minyak zaitun,minyak badam,minyak kacang,minyak sunflower. Minyak2 ni sesuai utk menumis dan tak susuai utk goreng ayam.



Paling best minyak zaitun la. Mudah terurai dan meningkatkan kolestrol yg baik dlm badan...sunnah plak tu.

Ok sekian sharing utk kali ni...semoga bermanfaat. Ilmu yg sedikit dikongsi bersama. Kalau ada cadangan penambahan boleh comment ye. Saya appreciate that..

Regards,
rahmah
write with love and passion








Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Wednesday, 22 January 2014

Sabar itu INDAH dan MANISSSS sangat.

Assalamualaikum.

Topik harini ialah sabarrrr....tapi ape kena mengena dengan testimoni kat bawah tu ye???? hehehe..sabar la. meh saya terangkan..Sabar ni berkisar pasal Shaklee. Ambil supplement Shaklee ni kenala sabar, kena istiqamah, kena betul-betul ikut aturan makan.

Sebab Shaklee bukan dadah, bukan macam ubat ponstant. ambil sekali dua pastu tak payah amik dah. Perbezaan ketara supplement dengan ubat ialah ubat ni dicipta khas untuk menyembuhkan penyakit. TAPI supplement ni ialah satu MAKANAN TAMBAHAN. Kenapa tambahan??? kenapa bukan tolakan??? hihi loyar buruk plak.. sebab ia berfungsi untuk menambah nutrisi dalam badan kita, mencukupkan apa yang tak cukup. 

Badan kita ni boleh menghasilkan Vitamin C, Collagen dan lain-lain dengan sendiri tapi kenapa kita tetap makin hari semakin tua. cuba compare dengan orang yang amal supplement, makin hari makin cantik kannn??? kalau tak cantik pun, makin hari makin sihat..bukan semua orang amik vitamin utk kecantikan semata-mata tapi untuk kesihatan badan, mata, tulang dan sebagainya.

Next Question. Camne kita nak tau badan kita ni cukup segala nutrien ke tak? salah satunya pergila buat ujian tahap kesihatan. Check overall, nanti doctor akan advise kita cara pemakanan yang betul setelah result kita keluar. kalau doktor yang pro vitamin, dia suggest la amik vitamin...kalau yang tak bertanggungjawab tu, dia bagi result dan cakap ok cik boleh balik...

Jom study testimoni kat bawah ni..

amalkan vitamin
Sabar untuk 4 bulan pertama konsisten ambil Vita e dan GLA

shaklee berkesan
3 bulan untuk kurus dan cantik

vivix untuk mak ayah
3 botol VIVIX

Ini gambar ayahnye!!! Vivix memang si tonik ajaib.
Dari testimoni-testimoni kat atas ni, ade tak yang amik supplement sebulan je terus ok? ade, memang tak dinafikan. keberkesanan tu bergantung kepada badan masing-masing. ade yang ambil Lecithin sebulan terus ok, turun berat 2, 3 kilo. 

Testimoni kat atas ni semuanya mengambil masa...ade yang 3 botol Vivix baru nampak kesan, 3 bulan baru nak kurus. ade yang 8 bulan baru nak kurus pun ade. tapi dia YAKIN dan SABAR. sebab tu manissss sangat hasil dia.

Saya bagi contoh, penyakit kencing manis, darah tinggi, kegemukan semua tu jadi sekelip mata ke? makan manis hari ni esok dapat diabetes terus. Makan berminyak, berlemak harini, esok dah dapat sakit jantung. tak kan??? ambil masa kan??? penyakit nak datang pun ambil masa, nak sembuh pun ambil masa juga. kalau makan supplement harini esok terus sembuh tu memang ajaib tuhh!!! miracles from allah.

Apa- apa pun. rules amalkan vitamin ni mesti minum banyak air, air kosong ye. kalau minum air pun tak boleh, jangan nak datang kat saya nak complain nape tak berkesan, nape naik jerawatsss. minum air 3 Liter sehari dulu then baru boleh complain nape makin banyak jerawatss semua tu.

5 Keys of Healthy Lifestyle. 
Kadang-kadang ada terjadi healing crisis, ade setengah akan sakit2 badan. biasalah tu, badan kita akan bertindak balas dengan vitamin dulu. dah berapa lama badan kita tak diservis, usus kita tak dicuci. usus ni tempat datang penyakit tau. bukan saya yang cakap tapi ni dari Nabi Junjungan kita Muhamammad ya rasulullah. 

Pendek kata kalau kita sabar allah akan bagi ganjaran kat kita, berita gembira buat kita. kalau kita complain tu complain ni, tak sabar-sabar memang sia-sia jela..lepasni saya pun nak kena banyak bersabar lagi ni..sabar dalam semua aspek ok, bukan dalam soal supplement je.

ok babai, semoga bermanfaat untuk anda ye!!! yang baik amalkan, yang buruk jangan ikut ye.**Love Shaklee**

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Tuesday, 14 January 2014

Puting Botol Susu: Tips Elak Bayi Tersedak Susu.


Assalamualaikum....

Anak saya dah nak masuk 3 tahun pun bulan 9 tahun ni...baru nak share. Sebenarnya dari anak pertama lagi saya memang pakai puting "special" ni. tapi zaman tu kesedaran untuk share-share ni amatlah berkurangan..

Seram dengar cerita macam ni


Puting "special" yang saya nak share ni sangat praktikal untuk ibu-ibu yang hantar anak ke nursery...Yela, kita dah tak larat nak dengar kes-kes baby mati akibat tersedak susu ni. Memang ajal dah sampai tapi sebab kematian tu sangat jelas menunjukkan kecuaian dan betapa takde knowledge nya pengasuh di taska tu. Kadang-kadang yang ada knowledge pun bila malas dia datang, sama je perangai cam org tak pi sekolah. 

Puting ni saya beli kat Manjaku. Kat mana-mana pun ade je. Takla semahal puting-puting jenama lain tu. Ini saya beli RM13.50 je (Sebelum minyak naik RM13 je.). Tempat susu keluar tu berbentuk Y bukan lubang. Kalau nak beli, mintak dekat promoter tu puting Y atau X cut.

Elak bayi tersedak susu
Puting ni Y cut 
Tengok, ni saya buat demo tunjuk puting susu ni tak keluar air bila tonggeng ke bawah. jadinya, kalau baby kita hisap, baru keluar susu. Kalau tak hisap takdela keluar susu. Yang buat baby tersedak susu tu kadang-kadang baby kita nangis sebab lain tapi pengasuh sumbat juga susu, last-last tersedak sebab susu mengalir non stop, nak pulak lubang puting besar. Ada juga yang jenis botol susu di mulut, pastu tertido, susu berkumpul dalam mulut. Bahaya tu. 

Jadi, langkah berjaga-jaga kita salah satunya dengan penggunaan puting macamni. Kita kat tempat kerja, anak dengan pengasuh, memangla susah hati especially yang kecik2 ni. Kalau yang dah pandai pegang botol tu takpe. Tapi anak saya sampi 3 tahun (Haziq) pun saya masih guna puting ni. Rumah pun tak kotor, tak payahla asyik mengelap je (umminya memang "rajin"). Apa salahnya, kerja kita pun senang skit, kalau tengah2 main nanti sendiri jatuh sebab susu tumpah kat lantai. 
puting botol susu
Memang tak tumpah/menitik-nitik

Okla jelas rasanya mesej saya ni. kalau tak paham PM saya personally ye. ataupun komen kat bawah saya akan reply. Kita ni sebagai ibu memang fikir macam-macam. 1001 kemungkinan fikir tapi kita letak anak kita di bawah jagaan Allah walaupun anak kita secara fizikal di tangan pengasuh. Fikir yang baik-baik dan serahkan selebihnya pada Allah untuk lindungi anak kita. Kalau dah ajal memang kita tak leh menolaknya...Nauzubillah..

Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dari apa yang saya share ni...

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Tuesday, 26 November 2013

Nabi Suka Minum Air Sejuk !!!!

Assalamualaikum..


Biar betul??? Minuman sejuk kan tak bagus !!!! Takpe, takpe...jom baca sampai habis dulu. Artikel ni saya ambil dari Majalah Q & A. 

keburukan ais
Ice Cubes


Nabi lebih memilih untuk minum air sejuk berbanding air biasa. "Antara banyak-banyak jenis minuman, rasulullah suka minuman manis dan sejuk." (Saidatina Aishah r.a). Hadith itu bermaksud Baginda menggemari minuman manis dan sejuk, iaitu samada campuran madu atau "nabiz" (rendaman buah tamar).

Air sejuk yang nabi suka bukan minuman berAIS ye ... ais dan sejuk tu banyak beza dia. Air sejuk yang nabi minum tu ialah air yang disimpan semalaman di dalam bekas tertutup. Kebiasaannya orang arab simpan air dalam takar atau bekas yang dibuat dari kulit unta.

Kalau kat Malaysia, kita boleh simpan air dalam labu sayung ataupun tembikar tanah sebab air dia confirm sejuk, saya dah pernah try..walaupun cuaca panas memanjang, air dalam tu maintain sejuk je.

air sejuk sangat
Labu Sayung


Kalau dari segi hukum plak, MAKRUH hukumnya minum air terlampau sejuk (BERAIS) dan PANAS. Kalau dari sudut perubatan pula, minum terlalu panas boleh merosakkan saluran esofagus. 

minum ais
2 in 1. Gambar dan Nasihattttt!!!!


Apa yang nabi dah buat, kita pun buat, in sha allah ganjaran pahala untuk kita sebab menghidupkan sunnah nabi. walaupun benda yang simple, ikut jela, tak rugi pun. Apa yang nabi buat mesti ada sebab dan kebaikan disebaliknya yang kita sendiri tak tahu. Semoga kita semua beroleh manfaat darinya...amiinnn.

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Wednesday, 20 November 2013

Cara Basuh Uri : Suami Mesti Tahu !!!

Assalamualaikum....

Uri ataupun digelar placenta dalam bahasa inggeris. Fungsi uri di dalam rahim ibu ni untuk menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam perut. Selain tu uri ni tempat penyaluran bahan kumuh untuk dikeluarkan oleh ibu.  Unik kan ciptaan Allah..

Uri ni akan dikeluarkan bersama-sama bayi. bayi keluar kemudian uri pula akan dikeluarkan oleh doktor. Nurse akan bungkus elok-elok dan bagi dekat suami/mak ayah kita yang ada dengan kita time bersalin tu.

Uri bukan kembar bayi

Uri anak saya dua-dua ditanam di umah mak mertua. Tapi mak saya yang basuh siap-siap semua, husband pergi tanam je. yela, nasib baik mak mertua orang KL. kalau rumah mak ayah jauh, tanam je dekat rumah sewa/rumah kita tu. ataupun yang jenis rumah tinggi-tinggi tu, tanam la dekat rumah kawan ke. sure diorang bagi. 

Mula-mula dapat uri nak buat apa? macam daging lembu/kambing kan? masak kicap la, apa lagi...ehehe. Saya share kat sini cara mak saya basuh uri ye.

1. Bersihkan darah-darah yang melekat dekat uri tu.basuh dengan air yang perlahan sampai bersih.

2. Gaul garam dengan asam supaya tak busuk/hanyir.

3. Balut dengan kain. selalunya balut dengan kain putih. bukan apa, putih kan nampak bersih. lagipun tu kan sebahagian dari daging dari rahim kita, warna putih tu just sebagai simbol kita menghargai peranan uri tu semasa dalam kandungan kita je. tak lebih dari tu pun.

4. Tanam. Gali lubang untuk tanam. Jangan tanam terlalu dalam dan terlalu cetek, takut binatang boleh korek dan makan uri tu. sebelum tanam tu baca la selawat. Bukan nak tanam uri je, nak buat apa pun kena la bismillah, kalau selawat, lagi dapat banyak pahala.



Uri yang tak dituntut di hospital diklasifikasikan sebagai "medical waste". uri-uri ni akan dihantar kepada kontraktor pembersihan untuk dibakar.

Ada juga kepercayaan karut pasal uri ni. ade setengah tanam dengan pensel. konon-kononnya anak tu akan bijak belajar. semua tu karut, dan bila tanam uri ni tak perlu pun untuk mengadap kiblat. senang je, jangan menyusahkan diri. sebab dalam Quran tak de pun highlight cara tanam uri dan peranan uri dalam membentuk sahsiah anak. Uri juga bukan kembar bayi, malah ia diklasifikasikan sebagai najis setelah terpisah dari bayi semasa dilahirkan.



***haram ye kalau guna produk kecantikan berasaskan uri manusia ataupun haiwan (najis). banyak lagi benda lain boleh buat kita cantik. lainla kalau darurat.

***nak suruh husband saya basuh uri plak kalau2 ada rezeki lagi.

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Saturday, 16 November 2013

Petua Atasi Kolestrol

Assalamualaikum..


Orang Melayu kita memang kaya dengan Petua dan amalan menjaga kesihatan berasaskan bahan dari sumber alam semulajadi. Petua ni dari ustaz Abdullah Mahmud tau..

1. Ambil 7 atau 8 helai DAUN RAMBUTAN yang tak terlalu muda atau terlalu tua.

Daun Rambutan

2. Kisar (blend) hingga halus.

3. Campurkan sesudu besar madu lebah.

4. Minum pada waktu pagi dan petang. Niat utk mengubati kolestrol.

Kolestrol terbentuk !!


In sha allah, dengan cara pemakanan kita yang betul dan amalkan minum jus daun rambutan ni, lama kelamaan masalah kolestrol akan dapat diatasi.

Cubalah, saya doakan anda berjaya dgn izin Allah

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...