Wednesday 11 February 2015

1 SEBAB TERBESAR MENGAPA SAYA PERLUKAN SUPPLEMENT DALAM PENYUSUAN.

Assalamualaikum....

Topik menyusu ye alkisahnye. Tp kan...topik ni macam sensitif pun ade sebabnya ramai ibu-ibu yang mempunyai perbezaan pendapat tentang bab-bab menyusu ni.


Harap2 post kali ni tak mengundang kontroversi ataupun ada yang terasa hati. Tak syok la camtu sebab apa yang saya akan tulis dan apa yang korang baca nanti truly from my own experience bukan suatu fakta pun.

Perlu tak ibu menyusu ambil supplement????

Kalau jawapan korang TIDAK dan korang perlu explain WHY????

Tapi jawapan saya YA...SEBAB ni melalui pemerhatian dan pengalaman saya, saya ni jenis yang kena makan makanan yang berkhasiat, minum minuman yang bercoklat, something yang creamy baru susu akan bertambah. Makanan berkhasiat tu saya perlukan makanan seimbang hokayyy..tu yang saya tak boleh nak buat. Sebabnya saya ni org yg tak berapa makan sayur, tak berapa makan ikan/ayam..(tp seafood memang suka gileerrr..).kalau makan ayam/ikan tu pun saya akan memilih, nak yang keras2, yang garing2 gitu..kalau isi lembik2 memang saya tak makan..rela makan nasi, kuah saje pun takpe. Kat situ saya dah hilang banyak sumber protein. Bila makan nasik dengan kuah je, saya just dapat karbohidrat je. Sayur saya makan tapi tak semua la, boleh kira dengan jari je. Bila saya perhatikan pola pemakanan saya yang kronik tu dan pada masa yang sama saya perhatikan stok EBM saya, memang ada perubahan. Kalau perubahan tu ok takpe..tapi perubahan tu sangat k.o sebenarnya..dari sehari 20oz saya hanya dapat collect 9 atau 10oz je sehari kalau amalkan tabiat pemakanan saya yang kronik tu.


Lepas tu saya ber-eksperimen lagi, saya ambil Vitalea, Vita C, B Complex dan ESP. Saya makan seperti biasa, dengan tabiat kronik saya tu lagi cuba ada penambahan vitamin2 tu je. Alhamdulillah susu saya boleh maintain, susu terasa penuh sentiasa, bila pam senang je kuar sebab, lancar je. Nikmatnya Allah dan mommy2 je yang tau bila kita pam susu tengah banyak. Dari situ datang peace of mind saya, dah tenang skit, barula seronok nak pam. sebab salah satu kunci kejayaan susu banyak terhasil datang dari ketenangan jiwa. Tenang ni macam2 bentuk kita boleh dapat contohnya berzikir, tengok gambar anak dan sebagainya.Kalau nak tau, bila kita tenang, hormon oksitoksin akan dirembeskan, sebab tu yang susu kita memancut-mancut tu. masing2 ada style tersendiri kan utk berasa tenang dan please continue ye. 



Saya tak nafikan yang sesetengah orang anti bab-bab supplement ni sebab diorang sebenarnya ditipu oleh sesetengah pihak yang nak mengaut keuntungan semata-mata cakap yang supplement ni membantu banyakkan susu kemudia full stop.

Sebenarnya tabiat pemakanan, kekerapan mengosongkan payudara tu kunci utama untuk kita menyusukan bayi kita. cukupla susu yang kita hasilkan tu cukup untuk anak kita, cukup sampai 2 tahun. Saya memang kerap pam. Ambil supplement dan kerap pam. Kalau saya miss salah satu ni nanti susu akan kurang. Mommy2 lain ada yg jenis kena byk minum air kosong, tapi bagi saya tak, sehari 1.5 liter pun takde masalah, susu maintain je. (seeloknya minum air masak 3L sehari sebab amalkan supplement). Nampak x??? setiap orang sangat berbeza. Tapi macam saya cakap tadi tu la, bagi saya kunci utama untuk berjaya dalam penyusuan hingga 2 tahaun ialah  1. tabiat pemakanan dan 2. kekerapan mengosongkan payudara.

susu meriah



Time saya try utk tak ambil supplement tu saya rasa letih, penat. Bukan penat badan je tapi penat nak memikirkan apa nak makan pagi, makan tengahari, makan malam. Tak bolehla nak makan so so je sebab sepenuhnya kita bergantung kepada menu harian kita. Senang cite masak sendiri, lagi senang nak plan menu sihat. Dahla cerewet makan, kat ofis memang restoran Melayu/Mamak ade berapa kerat je (banyak fast food restaurant). Kadang2 saya jemu plus tak larat nak jalan pegi beli makanan saya memang makan biskut jela, minum air bergelen2 sebab tak nak bagi lapar. Rupanya dalam saya duk try2 natural booster ni saya dapati yang kopi o ni buat susu saya banyak..tapi bila saya amik hari2, susu dah tak jadi banyak dah, dia jadi cam biasa balik. tu saya tak pasti kenapa, try cari jawapan belum dapat lagi jawapan.

Masalah saya ialah tabiat pemakanan yang betul, so penyelesaian yang saya ambil ialah dengan ambil supplement yang saya cakap tadi. sebab Vitalea tu ialah multivitamin. Pengambilan sebanyak 2bj Vitalea bersamaan 40 jenis lauk. Itu je cara saya sebab nak make sure khasiat yang diperlukan oleh badan kita dipenuhi. Bila badan cukup khasiat dan zat, barula penghasilan susu lancar.

Kalau tak caya tabiat pemakanan ni kunci utama mommy2 tryla puasa tanpa makan apa2, just minum air masak je time sahur. pam sessi pagi mungkin dapat banyak, sessi tghari dan petang mesti merudum punya.. sebab ape ye??? sebab tak makan. lepas tu tak ambil supplement pulak, memang susah nak maintain susu..Dah namanya pun supplement, ia hanya makanan tambahan, bukan makanan utama. Makanan yang kita ambil tak semuanya berkhasiat. Fungsi vitamin2 ni ni utk melengkapkan nutrisi yg diperlukan oleh tubuh badan kita.



Saya bukannye pakar penyusuan ataupun pakar nutrisi tapi apa yang boleh saya bagitau kat sini ialah berdasarkan pengalaman saya. mommy2 bebas untuk bersetuju atau tak bersetuju. Just niat saya untuk share dan bantu mommy2 yang mungkin mengalami masalah dalam penyusuan.Tak salah mencuba, tak cuba tak tahu.

shaklee


Untuk mencuba vitamin-vitamin yang kami tawarkan sila Whatsapp ke 012-6618052. saya akan cuba untuk membantu mommy2 semua dan tips untuk menghasilkan susu meriah untuk si manja anda dibekalkan dan consultation PERCUMA sepanjang masa.

~Rahmah~
Write with Love & Passion







Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...