Friday 24 July 2015

Hari Raya 2015 yang Tak Berapa Hot

Assalamualaikum...

Sebelum tu saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada readers semua...harini dah masuk hari raya yang ke9..sekejap je masa berlalu...

Nak sambut raya haji pulak nanti dalam bulan 9..in sha allah jika tiada aral melintang saya akan pulang ke kampung sekali lagi...selalunya raya haji saya tak balik...tapi kalini in sha allah akan selesaikan urusan korban keluarga kami..

Bukan apa..bukan nak membuka pekung di dada...bukan nak memburuk burukkan sesiapa juga bukan utk meraih simpati readers..apa jua perkongsian saya dlm blog ni hanyalah bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian makumat tentang sesuatu topik supaya readers semua dapat manfaat darinya...yg baik jadikan tauladan..yg buruk korang jgn ikut ye..

Raya yg lepas baru2 ni saya beraya di kg..alor star. Seperti biasa kami pengunjung tetap..setiap kali raya mesti balik smada cpt atau lambat sebab take turn beraya dgn mertua..

Kalini meriah..semua anak mak yg di kl dan selangor ada pada raya pertama..anak aku biasala excited nak main dgn sepupu sepapat. Haziq dah nampak lain kalini..lebih banyak mulut dan participate semua benda yg sepupu dia main (firdaus dan fatihah)..sebelum ni hanya amni yg main dgn f&f tu..haziq sekali sekala je join..tp kali ni saya bangga dgn haziq.ada lagi perubahan berlaku. Oh ye pada yg tak tau,anak saya ni ada autism..mild autism.

Tp segalanya menjadi tak berapa seronok bila anak abg saya sampai...sebab anaknya sebaya amni (4thn) suka buli haziq...sekali dua buat haziq mungkin ok..saya boleh bersabar tp haziq seolah olah menjadi target dia. Haziq just pandai tepis tp tak pandai membalas...keseronokkan bg budak sebesar tu bila nampak haziq menangis dia lagi seronok membuli..

Paling saya tak boleh tgk bila haziq disepak di perut..diterkam dan dipanjat dari belakang..lutut menekan blkg haziq,ada juga lutut singgah di blkg kepala haziq..haziq di attack dr blkg time duduk.

Semua tu saya telan. Bila haziq di attack saya akan leraikan dan bawa haziq jauh. Haziq biasala dia..mesti nangis. Yela tak boleh nak salahkan dia. Itu kekurangan dia dealing dgn outsiders..dgn adik dia amni pandai pulak menyakat.

Dulu ada saya suruh haziq cuba melawan balik. Time tu kami di rumah abg. Haziq asyik kena. So dari situ kami tau yg haziq ni tak pandai melawan balik. Saya tak tau. Mungkin saya silap. Anak tak elok diajar berlawan. Bukan apa time tu saya just niat ajar self defence supaya org tak simply pukul dia ataupun jadikan dia mangsa.

Sekarang saya dah tak ajar dia suruh berlawan. Nasib baik dia tak ikut cakap saya. Mungkin bagi abg saya benda tu kecik..tp bg saya benda tu serius.it matters to me...ada ke org ketawa tgk anak disakiti oleh org lain. Nak pulak anak autism...saya rasa seolah2 diperlekehkan..anak saya dipersendakan bila diorang gelak2 bila ada org pukul dia..tergelak2 tgk gelagat dia teriak bila kena pukul dgn budak yg lebih muda setahun dari dia. 

Kadang2 saya rasa saya ni terlalu manjakan anak saya ke??? Alahhh..skit2 biarla anak tu bergasak bergusti.. entahla..tapi bila dibiar haziq seronok dibuli lagi. Amni pun kena tolak2,ditekan dadanya...budak2 ni spt kain putih..kitalah yg mencorakkannya..kalau kita suka anak kita pukul org jgnlah cakap pape. Biarlah dia pukul org pun..budak 4 tahun dah boleh dilarang,ditegah tapi kalau kita buat tak tahu je seolah2 kita membenarkan perbuatan dia..

Saya bukannya pakar dalam pembentukkan sahsiah anak2 tapi basic2 tu of course saya tahu..

Panjang plak entry ni..saya just meluahkan rasa terkilan saya dan rasa terpendam di dada...sesungguhnya saya tak suka perkara ni berlaku kpd anak2 korang sebab apa yg saya lalui sangat perit. Bagai disiat2 hati saya.

Yela,anak yg kita kandung dibuli org sesuka hati,disakiti..ibu mana yg tahan melihat?? Sesungguhnya inilah ujian dlm membesarkan anak2. Ini baru skit,ada org lagi hebat dugaan dia. Apa2 pun bukan saya mengeluh,saya juga sepatutnya bersyukur. Allah beri saya peringatan,ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Ambillah iktibar...kalau anak korang anak autism lagilah kena byk bersabar. Haziq dan amni bukan jenis pukul2 anak org lain. Saya bersyukur...saya juga akan make sure diorang menjadi anak yg soleh dan solehah. Saya juga mendoakan anak2 korang yg membaca diberikan kelebihan dan kelebihan itulah digunakan utk memberi kita saham akhirat kelak. Anak kita harta kita..saham akhirat kita.

Saya tak bersedia letakkan gambar terkini haziq amni mahupun amna..nanti u all boleh view dlm next entry in sha allah..




Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Tuesday 7 July 2015

Report Card di usia 5 tahun.

Assalamualaikum

Bulan Jan yg lepas haziq dah pun saya hantar ke tadika 5 tahun.. saya decide utk hantar ke pasti. Dekat dgn rumah. Sebenarnya saya berkenan dgn tadika Little Caliph di Bandar Baru. Maaf,saya tak boleh bagitahu di mana saya tinggal ats sebab faktor keselamatan. Phm2 la skrg ni,info2 yg penting kene sorok. Tp saya percaya yg readers semua org2 yg baik dan bersih hatinya.

Dekat Bandar Baru tu memang crowded. Dgn UTC kat situ,pasar lagi so mustahilla utk parents dpt parking. Terpaksala double park dan menghalang lalulintas. Nak2 pulak ada kecurian jenis pecah2 cermin kete sebab dorg dah aim kete yg park ialah kete parents, lagila mudah dorg nak buat kerja..tadika pulak kat tgkt ats rumah kedai..hmm..ats sebab tu saya terpaksa hantar Haziq ke sekolah Pasti..sangat dekat dgn rumah..parkingnya jauh lebih bgus dr tadika Little Caliph..

Tapi......ada tapinya..

Pada mulanya semuanya ok..cikgu kelasnya ada 2 org..tapi sejak 2,3 bulan ni dah jadi sorang..sorang demi sorang tinggalkan PASTI..kenapa??tu saya tak pasti. Saya agak mungkin faktor gaji yg rendah..paling tinggi gaji cikgu rm900..saya agak je.

Dulu masa mula2 sekolah memang saya follow up closely dgn cikgu dia. Cek perkembangan dia,participate ke tak dia dlm kelas?feedback yg saya dpt dr cikgu farha memang positif,haziq belajar dlm kelas. So saya lega.syukur sebab dia nak join menyànyi membaca sama2 dgn murid lain. 

Lepas pada tu saya dah kurang bertanya...saya anggap everything just fine. Sebab haziq balik sekolah bersama ilmu yg dia belajar kt sekolah..doa,matematik,bacaan hadith semua perfect...bijak anak ummi...

Sampaila pada 20.6.2015 iaitu hari sabtu ummi sangat2 terkejut dan tak sangka..anak ummi dapat no last dlm kelas..25/25. Dahla kelas 5C kelas yg last sekali..

Bila ditanya,cikgu ida cakap Haziq taknak buka mulut..tak nak ikut arahan..cikgu suruh color objek yg bsr tapi haziq color semua objek. Cikgu farha dah takde sebab berhenti. Cikgu farha dpt keputusan SPM bagus so dpt masuk universiti.

Saya faham..anak saya autistic so agak sukar nak handle dia tp takla susah mana cuma nak tarik minat dia mula2 tu je. Lepastu dah ok dah. Cakap clear so dia akan fhm arahan apa nak dibuat.

Cikgu kata bila cikgu tanya,dia akan soal cikgu balik. Contohnya bila tanya Haziq makan apa??nanti Haziq akan ilang soalan yg kita tanya pada dia tadi.

26.6.2015 ade cikgu sorg lg tanya saya psl haziq. Cikgu ni akan train dorg beratur utk baca zikir sblm lepaskan dorg keluar tadika. Anak puan x boleh focus,dia ada apa2 masalah ke? Mula2 saya tak nak bgtau sebab saya risau dia tak pernah dgr what is autism plak. Lepas tu dia tanya lagi "haziq ade autism ke puan?" Lepas dia kuarkan perkataan tu saya pun ckp ye...cikgu ckp ok xpe so saya akan train dia spt autism...lega hati saya.

Dalam hati saya sekarang bercelaru,berkecamuk..mesti dapatkan sesuatu utk haziq to overcome his autism sebelum exam bulan 9 nanti..

Tunggu apa solution saya utk haziq ye dear..saya ada sesuatu yg so far saya percaya pd keberkesanannya...in sha allah saya pasti share utk manfaat kita semua.

Maaf ye..xde gambar pape utk entry kali ni.



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...