Showing posts with label Get Clean Water Pitcher. Show all posts
Showing posts with label Get Clean Water Pitcher. Show all posts

Friday, 6 December 2013

Memang Jimat Duit Gila !!!



Assalamualaikum...

Kali ni kita direct diskas keistimewaan Water Pitcher Shaklee.
. 

☑ SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.


Beza air yang ditapin dengan yang tak ditapis.

☑PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


Set Get Clean Water Pitcher by Shaklee

☑HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.



☑MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


Bahaya minum air yang tidak ditapis. Bahaya dia kita tak nampak sehari dua, makan tahun baru nampak. Kalau pergi kat doktor pun, doktor tak cakap awak ni sakit disebabkan minum air di Malaysia, di Endon, di Afrika, memang takde, doktor pun tak tahu ataupun tak perasan yang korang minum air tak ditapis. Nanti doktor biasanya nasihat jaga pemakanan, tidur yang cukup, jangan stress, banyak lagila. Kalau doktor-doktor sekarang ni diorang siap promote shaklee lagi adela...doktor pun ade buat side income dengan Shaklee, siap jual dekat klinik lagi. Lagipun kalau bagitahu doktor yang kita amalkan produk Shaklee, diorang akan cakap bagus, tak ade masalah, boleh teruskan.

Air yang tercemar juga banyak mengundang masalah. Negara kita menuju ke arah negara maju, pertanian, perkilangan, perindustrian memang tengah pesat membangun. Industri-industri semua ni banyak menggunakan baha-bahan kimia dan sisa-sisa semua ni dialirkan ke sungai. Jangan lupa ye, sungai tu sumber air minuman kita kat rumah ye.

Ini kesan-kesan bahan kimia yang menjejaskan kesihatan kita.

a) Pencemaran dari Proses Pertanian e.g Benzena
Kesannya terhadap kesuburan

b) Pencemaran Hasil dari Industri e.g Atrazine
Kesannya bioleh mengundang kanser.

c) Pencemaran dari Penggunaan Logam Berat e.g Plumbum
Kesannya terhadap perkembangan IQ, dan perkembangan fizikal yang agak terbantut.

d) Pembasmian kuman yang digunakan di dalam air e.g klorin
Kesannya terhadap hati, buah pinggang dan gangguan pada sistem saraf.

Filter dia boleh ditukar sendiri. Tak payah panggil saya datang tukar, nanti saya cas travelling dan kos peluh keringat saya lagi. Sangat simple, bila air dah cukup 80 gelen dituras, boleh tukar filter dia..80 gelen tu akan ambil masa lebih kurang 4 bulan. Filter dia sangat murah, serious cakap.

1 komponen je yang perlu ditukar!!! yang lain REUSE.
Filter dia diperbuat dari tempurung kelapa, sangat natural. takde tulang-tulang haiwan, tulang-tulang ba** semua tak de.

Now, sila enjoy watching video camne nak handle water pitcher ni. Camne nak guna, nak buka, nak pasang dan sebagainya.



Tak payah saya nak buat perbandingan jenama tu, jenama ni dengan Water Pitcher Shaklee ni. Nilai sendiri dan nilai balik jenama yang anda guna..Letrik mahal tau sekarang, Water pitcher ni tak pakai letrik, mudah bawa, nak pegi picnic pun boleh bawa, tak payah nak bawa botol-botol mineral, dah la kena beli, berat plak tu. Buat pe susah-susah, buka paip, terus isi dalam jug lepas tu minummmmm!!!!

Dapatkan harga istimewa dari saya dengan pembelian Get Clean Water Pitcher. kalau tak bagitau nak special price, saya bagi harga mahal la...ehehe...

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Monday, 2 December 2013

Air : Bukan Sebarangan Cecair !!!!!

Assalamualaikum...

Air memang sangat penting dalam hidup kita. Kalau diberi pilihan untuk pilih salah satu di antara elektrik atau air ni, mana satu pilihan korang? Kalau tanya saya, saya memang pilih air, biar la panas, pakai baju berkedut (tak boleh iron baju), bergelap dan banyak lagi benda-benda yang tak boleh buat kalau takde elektrik.

Biarla takde letrik dari takde air. Nak mandi, nak masak camne pulak??? Nak buat susu anak??? Orang Islam memang sangat perlukan air untuk bersuci, bayangkan kita kena buat tayammum untuk solat. Seumur hidup, saya tak pernah buat tayammum, kalau tetiba kena buat tayammum, mau rasa tak puas solat, kekok, janggal semua ade.



Lagi satu orang Malaysia ni kena banyak bersyukur, kita ade sumber air yang baik, kawasan tadahan yang besar, empangan sana empangan sini. Negara-negara lain ade yang masih kekurangan sumber air, kalau ade pun, air dia macam air milo tu. Kat Malaysia ni siap ade Taman Tema Air lagi, punya la banyak air, siap boleh membazir lagi. Gosok gigi biar air terbuka, ambil wuduk macam nak basuh kereta, macam-macam lagilah kalau nak cerita.

Kita ada pilihan kat Malaysia ni, pilih untuk dapat sumber air yang lebih baik. Air yang disalurkan kepada kita ni air yang berklorin. Klorin ni satu bahan kimia yang diguna untuk merawat air. Air sungai kita tercemar, orang buang sampah, itik mati, ayam mati, perabot buruk, orang kena bunuh pun orang campak dalam sungai, bayangkan segala jenis bakteria, racun, bahan kimia semua ada dalam sungai tu. Lagi kotor sungai tu, lagi la banyak klorin ditambah.Walaupun kita masak air dengan 100 darjah cecius, bakteria mungkin mati tapi klorin yang ada tak boleh hilang dengan suhu panas tadi apatah lagi logam-logam berat seperti plumbum dan sebagainya.  Klorin tak elok untuk kita tau, badan kita perlukan bahan-bahan yang free chemical atau dalam kata lain bahan semulajadi. 



Air yang dimasak dengan suhu yang tinggi tak mempunyai apa-apa khasiat di dalamnya, kosong. Pernah saya tanya ustaz di Pusat Rawatan Al Hidayah dulu sebab ustaz ni prefer air mineral. Dia tak galakkan kita datang berubat bawa air dari rumah sebab air yang kita masak di rumah tak ada khasiat. Molekul-molekul dia pun tak cantik dan sukar untuk memberikan impak yang baik kepada kesihatan kita bila dibacakan ayat-ayat suci. Sape yang airnya ditapis di rumah silakan bawa tapi kalau setakat air dari paip kemudian dimasak ,baik bawa air mineral je.

Ajaibnya air
Air juga makhluk Allah, pls jgn membazir !!!!
Saya dengar topik AIR ni dibincangkan oleh Prof Datin Dr Azizan binti Baharuddin, bahawa air ni juga makhluk allah dan ia ialah makluk ciptaan allah yang terawal sekali.Air ni elemen utama wujud sebelum Allah ciptakan langit dan bumi. Kat sini kita boleh lihat pengiktirafan Allah dan juga kepentingan air di situ.

Orang Islam dikurniakan dengan kelebihan air zam-zam. Air zam-zam ni bukti kebesaran allah. Dan air juga ada keupayaan untuk merekod. Sebab tu dikatakan air zam-zam sangat mujarab kerana di tanah suci tempat umat islam berdoa dan bermunajat kepada allah.

Sebab tu kita jangan pandang remeh bab-bab air ni, kalau kita relate sains dan islam, lagi tercengang dan ternganga mulut kita bila dapat tau ilmu-ilmu sains ni. 

Best sangat, saya memang suka subject sains pun kat sekolah dulu. alhamdulillah SPM memang score subject sains. Kalau ada peluang lagi nanti saya share lagi topik-topik berkenaan dengan islam & sains ni.










Ni saya nak highlight skit berkenaan dengan air bersih dan pure, Shaklee ada penapis air yang sangat besttt, boleh, penapisnya dari tempurung kelapa, so natural and safe!!!
  • Tak payah guna elektrik
  • Jimat elektrik
  • Senang dibawa
  • Rasa lebih sedap
  • Diiktiraf oleh Water Quality Association dapat menyingkirkan plumbum, klorin merkuri, kadmium dan sebagainya.
Dah panjang sangat dah entri ni..jumpe lagi nanti special saya cite tentang specialnya Wate Pitcher by Shaklee okkkkk !!!

Regards,

~Rahmah~
Write with Love and Passion










Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...