Tuesday 26 November 2013

Nabi Suka Minum Air Sejuk !!!!

Assalamualaikum..


Biar betul??? Minuman sejuk kan tak bagus !!!! Takpe, takpe...jom baca sampai habis dulu. Artikel ni saya ambil dari Majalah Q & A. 

keburukan ais
Ice Cubes


Nabi lebih memilih untuk minum air sejuk berbanding air biasa. "Antara banyak-banyak jenis minuman, rasulullah suka minuman manis dan sejuk." (Saidatina Aishah r.a). Hadith itu bermaksud Baginda menggemari minuman manis dan sejuk, iaitu samada campuran madu atau "nabiz" (rendaman buah tamar).

Air sejuk yang nabi suka bukan minuman berAIS ye ... ais dan sejuk tu banyak beza dia. Air sejuk yang nabi minum tu ialah air yang disimpan semalaman di dalam bekas tertutup. Kebiasaannya orang arab simpan air dalam takar atau bekas yang dibuat dari kulit unta.

Kalau kat Malaysia, kita boleh simpan air dalam labu sayung ataupun tembikar tanah sebab air dia confirm sejuk, saya dah pernah try..walaupun cuaca panas memanjang, air dalam tu maintain sejuk je.

air sejuk sangat
Labu Sayung


Kalau dari segi hukum plak, MAKRUH hukumnya minum air terlampau sejuk (BERAIS) dan PANAS. Kalau dari sudut perubatan pula, minum terlalu panas boleh merosakkan saluran esofagus. 

minum ais
2 in 1. Gambar dan Nasihattttt!!!!


Apa yang nabi dah buat, kita pun buat, in sha allah ganjaran pahala untuk kita sebab menghidupkan sunnah nabi. walaupun benda yang simple, ikut jela, tak rugi pun. Apa yang nabi buat mesti ada sebab dan kebaikan disebaliknya yang kita sendiri tak tahu. Semoga kita semua beroleh manfaat darinya...amiinnn.

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Thursday 21 November 2013

Lecithin Memang Kerja dia Pecah Lemak Orang !!!!


Assalamualaikum.....

Ni la di antara product HOT malaysia. Lecithin si pembakar lemak. 



lemak


ni sedikit fakta berkenaan dengan Lecithin:

Tahukah anda..????

  • Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian.

  • bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.

  • diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  • membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.
  • adalah zat utk kecantikan. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
Testimoni Lecithin

  • bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  • sebagai sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
Best kan? Murah sangat Lecithin ni, semua orang boleh beli. Kalau nak special price lagi, sila contact Rahmah ye !!!

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Benarkah Kafein Halang Penyerapan Kalsium????

Assalamualaikum...

Siapa penggemar kopi ???? Ada pendapat mengatakan yang kopi menyebabkan anda mudah diserang osteoporosis.

Kajian terhadap kesan cafein pada penyerapan kalsium ni bagaimanapun kurang meyakinkan pada waktu ini.



Cafein meningkatkan jumlah kalsium yang disingkirkan melalui air kencing tetapi sehingga sekarang pasukan penyelidik belum temui bukti kukuh yang menunjukkan kaitan di antara pengambilan cafein dan kehilangan jisim tulang.

Jurnal tahun 2000 daripada Journal of Bone and Mineral Research dan Journal of the American Diabetic association tahun 2009 tidak dapat temui kaitan yang signifikan antara kehilangan mineral dari tulang dan pengambilan cafein.

Cafein bersifat meransang, dalam masa yang sama ia bersifat diuretik. sifat diuretik ini akan meningkatkan amaun kalsium disingkirkan selepas beberapa jam pengambilan melalui urin. Para pengkaji melihat inilah punca yang mengaitkan cafein dan osteoporosis.

susu sumber kalsium
Penyelidik juga mendapati bahawa cafein juga boleh mengganggu penyerapan vitamin D. disebabkan vitamin D penting dalam membantu penyerapan kalsium, ini adalah sebab kedua yang mengaitkan kalsium dan osteoporosis.

Kajian dari Universiti Creighton melibatkan golongan wanita berusia 65 tahun ke atas menunjukkan pengambilan cafein lebih daripada 300mg memberi kesan negatif kepada tulang wanita tersebut. Tapi, kajian ke atas wanita muda menunjukkan pengambilan cafein yang sederhana tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan tulang mereka.

Satu cawan kopi (bersamaan 150 mg cafein), kira-kira 5 mg kalsium dikeluarkan dari tulang melalui air kencing (nilainya satu sudu besar susu). so, kalau nak tulang yang sihat, pengambilan cafein perlu dihadkan tidak lebih dari 300 mg sehari.

Jarakkan waktu pengambilan kalsium dan kopi sekurang-kurangnya 2-3 jam.

Kalau nak beli supplement kalsium, make sure ada vitamin D sekali di dalamnya sebab penting kalsium diserap oleh badan. kalau tanpa vitamin D, baik tak payah ambil kalsium sebab sia-sia je, silap2 tak de manfaat kat kita sebab kalsium tadi disingkirkan melalui urin kita camtu je.

Ni supplement kalsium shaklee. diberi nama ostematrix. sangat best. mak saya suka sebab hilang kebas-kebas kaki, lengu-lenguh badan, lawas. mak saya ambil dengan omegaguard sekali, untuk sendi-sendi dan kolestrol.

ostematrix
Sape tak larat nak cukupkan keperluan kalsium sehari 1000mg, ambil la ostematrix ni, senang, tak payah minum2 susu. especially utk ibu mengandung dan menyusu, kalsium sangat penting ye. lagipun ambil ostematrix ni bebas kolestrol. tak de la badan naik.

Kalau nak tau, saya pengamal tegar kalsium !!! 

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion.




Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Wednesday 20 November 2013

Cara Basuh Uri : Suami Mesti Tahu !!!

Assalamualaikum....

Uri ataupun digelar placenta dalam bahasa inggeris. Fungsi uri di dalam rahim ibu ni untuk menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam perut. Selain tu uri ni tempat penyaluran bahan kumuh untuk dikeluarkan oleh ibu.  Unik kan ciptaan Allah..

Uri ni akan dikeluarkan bersama-sama bayi. bayi keluar kemudian uri pula akan dikeluarkan oleh doktor. Nurse akan bungkus elok-elok dan bagi dekat suami/mak ayah kita yang ada dengan kita time bersalin tu.

Uri bukan kembar bayi

Uri anak saya dua-dua ditanam di umah mak mertua. Tapi mak saya yang basuh siap-siap semua, husband pergi tanam je. yela, nasib baik mak mertua orang KL. kalau rumah mak ayah jauh, tanam je dekat rumah sewa/rumah kita tu. ataupun yang jenis rumah tinggi-tinggi tu, tanam la dekat rumah kawan ke. sure diorang bagi. 

Mula-mula dapat uri nak buat apa? macam daging lembu/kambing kan? masak kicap la, apa lagi...ehehe. Saya share kat sini cara mak saya basuh uri ye.

1. Bersihkan darah-darah yang melekat dekat uri tu.basuh dengan air yang perlahan sampai bersih.

2. Gaul garam dengan asam supaya tak busuk/hanyir.

3. Balut dengan kain. selalunya balut dengan kain putih. bukan apa, putih kan nampak bersih. lagipun tu kan sebahagian dari daging dari rahim kita, warna putih tu just sebagai simbol kita menghargai peranan uri tu semasa dalam kandungan kita je. tak lebih dari tu pun.

4. Tanam. Gali lubang untuk tanam. Jangan tanam terlalu dalam dan terlalu cetek, takut binatang boleh korek dan makan uri tu. sebelum tanam tu baca la selawat. Bukan nak tanam uri je, nak buat apa pun kena la bismillah, kalau selawat, lagi dapat banyak pahala.



Uri yang tak dituntut di hospital diklasifikasikan sebagai "medical waste". uri-uri ni akan dihantar kepada kontraktor pembersihan untuk dibakar.

Ada juga kepercayaan karut pasal uri ni. ade setengah tanam dengan pensel. konon-kononnya anak tu akan bijak belajar. semua tu karut, dan bila tanam uri ni tak perlu pun untuk mengadap kiblat. senang je, jangan menyusahkan diri. sebab dalam Quran tak de pun highlight cara tanam uri dan peranan uri dalam membentuk sahsiah anak. Uri juga bukan kembar bayi, malah ia diklasifikasikan sebagai najis setelah terpisah dari bayi semasa dilahirkan.



***haram ye kalau guna produk kecantikan berasaskan uri manusia ataupun haiwan (najis). banyak lagi benda lain boleh buat kita cantik. lainla kalau darurat.

***nak suruh husband saya basuh uri plak kalau2 ada rezeki lagi.

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Sunday 17 November 2013

Susu Kambing ke Susu Lembu yang Terrrrrbaik ????

Assalamualaikum

Susu mana ni? Susu Lembu mudah nak dapat, susu kambing jarang-jarang nak jumpe kan? tapi dah tak susah dah sekarang, pegi je kedai-kedai mamak, kalau kat pasaraya ataupun farmasi, susu formula untuk anak-anak kita pun dah senang nak dapat. tapi mahal la berbanding susu-susu lembu biasa ni.

susu kambing 

Memang betul, SUSU KAMBING lagi elok dan terbaekk dari susu lembu.

Ni ciri-ciri yang ada pada susu kambing yang membuatkan ia sangat special:

1. Tidak mengandungi Protein kompleks (Alpha-casein & Beta Casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.

2. Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu.

protein : 2.1 kali ganda
zat besi : 2.0 kali ganda
vitamin A: 3.8 kali ganda
kalsium : 2.2 kali ganda
potassium :2.1 kali ganda
garam galian : 2.0 kali ganda

3. Silenium paling tinggi berbanding semua jenis susu.

4. Kandungan asid lemak rantaian pendek lebih tinggi berbanding susu lembu.

5. Molekul lemak dalam susu kambing lebih halus dan mudah dihadam berbanding susu lembu.

6. Sama seperti susu ibu, PH susu kambing beralkali berbanding susu lembu bersifat asidic.


Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Saturday 16 November 2013

Petua Atasi Kolestrol

Assalamualaikum..


Orang Melayu kita memang kaya dengan Petua dan amalan menjaga kesihatan berasaskan bahan dari sumber alam semulajadi. Petua ni dari ustaz Abdullah Mahmud tau..

1. Ambil 7 atau 8 helai DAUN RAMBUTAN yang tak terlalu muda atau terlalu tua.

Daun Rambutan

2. Kisar (blend) hingga halus.

3. Campurkan sesudu besar madu lebah.

4. Minum pada waktu pagi dan petang. Niat utk mengubati kolestrol.

Kolestrol terbentuk !!


In sha allah, dengan cara pemakanan kita yang betul dan amalkan minum jus daun rambutan ni, lama kelamaan masalah kolestrol akan dapat diatasi.

Cubalah, saya doakan anda berjaya dgn izin Allah

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Friday 15 November 2013

Yesss !!!! Siapa Sangka Beliau Dahulunya Pengidap kanser !!!!!


Asaalamualaikum....

Manusia hebat, seorang yang tak cepat berputus asa. Banyangkan !!! kalau kita dapat penyakit cancer, ape perasaan kita ??? apa harapan kita ??? siapa di sekeliling kita yg bagi semangat ??? Bukan senang nak lalui semua ni tanpa memiliki sekeping hati yang cekal, yang tabah.

Master Law Chu Hian ni memang pada mulanya malas nak percaya pada supplement. Barapa banyak supplement dia dah try sejak dapat kanser. Tapi lepas jumpa Shaklee, hanya Shaklee je yang boleh dipercayai. Master Law ni dulu bekas host dekat NTV7. Sekarang full time dengan Shaklee je.



Ni gambar beliau time tengah sakit melawan kanser. agak-agak Master Law ni umur berapa??? Dia dah masuk angka 50 tau. dah setengah abad. macam orang umur 30 an kan?


dahulu dan sekarang !!!


he loves his mom so much !!!!
Dan ini gambar beliau sekarang. Baru-baru ni ade rakan kami dalam bisnes Shaklee (Kaklong Nuzula) jumpa dan snap gambar beliau dgn ibu. ibunya umur berapa agak-agak?? beliau pun dah 50. takkan ibu umur 60 betul tak? ibu beliau dah 74 tahun.. muda kan? Ibunya pun terpaksa muda. Supplement yang ibu beliau amalkan yelah Nutriferon dan Vivix..

Best kan??? selain nampak muda, Vivix ni memang terbaik untuk keseluruhan badan kita..Kanser pun boleh pulih (semuanya dgn izin Allah).  Ia memperbaiki struktur sel-sel badan kita. Merawat terus ke sel-sel kita yg trillion banyaknya di dlm badan kita. 

Kanser ni terjadi sebab sel-sel kita tidak berkembang secara normal dan merebak dengan cepat. sel-sel yang normal akan membiak dan membahagi dan akan mati sendiri. pernah dengar tak sel-sel mati?? selalu kita dengar dekat muka, produk kulit akan cakap product mereka ni boleh singkirkan sel-sel mati pada kulit muka kita. sel yg normal akan automatik stop (MATI) untuk membiak pada satu-satu tahap. TAPI sel kanser ni tak macamtu, dia akan terus membiak, membahagi dan TIDAK MATI pulak tu. maka lepas tu pengidap kanser ni akan jatuh sakit la, sebab komponen utama (SEL) dah corrupt.

Macam tula serba sedikit info pasal Kanser ni. jadi Vivix membantu untuk counter semua masalah tu dan dan gives a healthier and younger lifestyle.

Di antara kandungan Vivix adalah anggur (anggur muscadine). Anggur kan dah disebut sebanyak 6 kali dalam Al-Quran, tak payahla kita ragui keberkesananya kannn???


Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Thursday 14 November 2013

Wahaiiiiii Perokok Tegar, Ini untuk Anda !!!!

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yg indah. Saya ada perkongsian hebat nak share ni..layannnn ok.






Rasa tak lalu merokok lagi best dari tahan nafsu untuk merokok !!!! Tahan nafsu tu sedikit SEKSA..!!!

Sape yang sayang diri, sayang suami, sayang ayah, sayang abang, sayang jiran, tolong maklumkan mereka bahaya merokok tu dulu then bagitau cara untuk BENCI rokok secara natural.

***Kesan terhadap individu adalah berbeza, tak semestinya anda akan lalui sebijik2 style macam encik ni lalui. Lain badan, lain tindak balas. Juga bergantung kepada berapa tegarnya anda dalam merokok..

kredit: 1) vitaminibu.com (video) 
             2) My Bestfriend Shop (pic)


Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion


Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Orang Muda pun Boleh Dapat Kencing Manis !!!!!

Assalamualaikum...


Ye, betul, orang muda pun boleh dapat penyakit kencing manis. Dulu-dulu, ni kategori penyakit orang tua. tapi sekarang segalanya tidak mustahil..kenapa ye boleh jadi macam tu????

Semua ni faktor pemakanan. kalau suka minum air gas, suka bancuh air manis-manis, suka makan jeruk pun ye, sebab jeruk tu pakai gula, tapi bukan gula kat rumah kita tu, ada macam2 jenis gula. memang tak dinafikan kencing manis ni faktor keturunan jugak, tapi gaya hidup kita juga sangat mempengaruhi. tak boleh la kita claim kata mak ayah saya tak de kencing manis, lepastu kita bantai minum coke, makan manis-manis sesuka hati, memang kita tengah menempah tiket diabetes la namanya tu..kita juga tengah cipta keturunan kita yg ade penyakit tu.

Tak sanggup nak upload gambar betul kaki berlubang

Kalau nak tau kita ni dapat kencing manis, ade gejala-gejala dia. Kita mesti alert, cepat-cepat jumpa doktor untuk sahkan. Gejala dia seperti rasa kebas/semut-semut, kerap kencing waktu malam, luka lambat sembuh dan lain-lain.(refer pic).


Kencing manis ni terjadi sebab gangguan pada cara badan mengolah gula (glukosa) kerana kekurangan hormon insulin. bila hormon ni kurang, kadar glukosa dalam darah jadi tinggi sebab dia tak dapat masuk dalam badan kita, maka terbuang melalui air kencing, sebab tu kerap kencing pada waktu malam tanda-tanda wujud penyakit diabetes ni.

Nak buat ape kalau dah kena??? mesti kawal pemakanan, mesti senaman selalu. back to square la balik, mana yg tak betul, kita betulkan. minum air masak lebih. (3L sehari).

Shaklee offer set sugar control. ini set dia. Vivix sangat besttttt!!!! kalau ade bajet yang lebih, saya offer amik set lengkap, ada ESP, Vita C, GLA, Zinc dan Vita Lea CoQ10 dan Vivix.



ok, ni testimoni untuk kencing manis.



Nisbah pengidap kencing manis di Malaysia ni tinggi tau, 1 : 5 ye, bukan 1 : 1000. Kat Malaysia ni mewah dengan makanan, org malaysia pun kaya-kaya. So sekarang beringat-ingat la kita sebelum kena. Mohon kita semua dijauhkan oleh Allah dari penyakit merbahaya ni...Amiinn.

Regards,
~Rahmah~
Write with LOVE and Passion






Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Tuesday 12 November 2013

Vivix- Satu Kemestian untuk Mak Ayah kita !!!

Assalamualaikum....

Bercakap bab mak ayah ni memang saya suka. mana tak nye, kita lahir ke dunia pun disebabkan mak ayah kita, membesarkan kita, bagi didikan, doa untuk kita setiap detik, setiap waktu. Memang diorang ni manusia yg mulia yg Allah sebut dalam Al-Quran. Dan yang paling power mak ayah ni ialah redha dari mereka. Kalau mereka tak redha, maka Allah pun tak redha. Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa kita...

mak ayah ni memang standard la sakit-sakit. memang resam hidup. manusia ni macam mesin, makin lama, makin slow, makin semput-semput, semuanya susut nilai. Kalau dulu mata terang, sekarang kabur. kalau dulu berdiri berjam-jam steady je, tapi dah tua ni tak larat berdiri lama-lama.

Mak ayah kita kan dah tua, kalau badan diorang kembali sihat, sure dia akan bagitau kawan2 dia. perasan tak org tua2 ni kalau borak mesti borak bab2 sakit tu, sakit ni, pegi hospital tadi doctor bagi ubat seplastik, duduk lama pun sakit, darah tinggi naik, gula naik, macam-macam lagi lah...

Ni ade testimoni kebanyakannya diorang bagi Vivix untuk mak ayah.


sakit lutut, daranh tinggi & sroke

Darah tinggi

Kencing manis, darah tinggi, sakit lutut & asma


 
Kencing manis kronik


Sape yang mak ayah dia ade sakit2 macam ni ataupun lebih teruk penyakit tiga serangkai memang la tau betapa azabnya. kena jumpa doktor kerap. kita yg jadi pemerhati ni pun kesian tengok. apetah lagi diorang yang lalui benda-benda ni semua. nak solat pun susah kalau yg sakit-sakit lutut tu.

Next entri nanti saya share pasal kandungan Vivix yg BEST ni. kandungan utama dia ialah anggur. panjang ulasan pasal anggur ni, bukan anggur biasa-biasa tau..

Sebelum tu nak pesan bagi sesiapa yg belum call mak ayah di kampung tanya khabar diorang sila call sekarang ye !!!

Regards,
Rahmah
~Write with LOVE and Passion~



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Sunday 10 November 2013

Sila Bakar Lemak-lemak ku Sekarang !!!!!

Assalamualaikum...


Semangat ni nak share testimoni dekat group Shaklee. Patutla stok Lecithin kat HQ dgn KL licinnn sangat. Ramai customer yang nak pun tak dapat nak tunaikan hajat diorang. Terpaksa tunggu berbulan-bulan untuk stok sampai. Herb Lax jangan cakapla, memang licin selicin licinnya.

Ni la testimoni yang HOT tu, Puan Hazlina ni ambil Lecithin + Alfalfa dan ESP..ESP ni memang syokk sangat. Puan Hazlina dah rasa kesan ESP ni buat beliau rasa kenyang dan kurang nafsu untuk makan. ESP juga akan buat kulit kita cantik, parut jerawat hilang, rambut kuat, kuku cantik, mana tak nye, ESP dari protein. Protein memang penting untuk kita ambil kalau nak sihat dan cantiksss!!!!








Semuanya dah Puan Hazlina ni terangkan, yang penting saya highlight sekali lagi ialah minum air mesti 3L sehari secara sikit-sikit, jgn minum 3L sekaligus dahla.

Yang lain ni saya share jugak testimoni set-set kurus yang lain. Shaklee ada banyak product untuk turunkan berat badan, tapi ramai suka Lecithin. Lecithin memang wajib ambil kalau nak kurus sebab Lecithin fungsinya untuk membakar lemak-lemak dalam badan kita.

Hanya Sebulan dengan Lecithin dan Herblax !!!!


Ini hasil dia selepas 4 bulan !!!

SABAR selama 7 bulan untuk kurus !!!

Ambil Cinch,Cinch Mix Tea, Lecithin, Herblax !!!
Diet dengan Shaklee ni memang tak perlu berlapar pun,makan cam biasa je. Lagi satu cafein ni salah satu punca naik berat badan, so jauhi cafein kalau nak badan slim cantik. Bab-bab nak kurus ni kalau tanya pengalaman saya memang kurang skit. Saya belum ada pengalaman berat badan naik banyak angka sangat. Memang dugaan betul, saya faham, saya pun pernah lalui. Berat badan saya paling berat 60 kg, time sekolah-sekolah dulu. Lepas tu makin turun lepas masuk U, lepas tu alhamdulillah tak naik-naik dah sampai sekarang. 

Tryla, kalau tak try memang tak tahu. Murah sangat lecithin ni...mesti try, jangan cepat give up, nak cantik mesti ambil masa. sekurang-kurangnya try selama 3 bulan. 

Banyak sebenarnya testimoni orang dah kurus dengan Shaklee. Tak terupload gambar dibuatnye. tunggu ye, saya buat entri seterusnya plak.

Kalau nak dapatkan product, konsultasi percuma hubungi saya di 012-6618052 ye ataupun nak email di nuramni22@yahoo.com.

FB saya Siti Rahmah Ibrahim.

Regards,
Siti Rahmah Ibrahim
~Write with LOVE and Passion~

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Monday 4 November 2013

SHAKLEE: Nak ambil berapa vitamin baru nak nampak cantik?

Assalamualaikum.....


Huhuhu..soalan cepu mas ni....berapa banyak anda ambil bergantung kepada masalah yang anda hadapi. Tak semestinya ada masalah kesihatan je boleh ON vitamin ni. Contohnya anda nak ambil vitamin untuk dapatkan kulit yang sihat. Vitamin E atau C atau Vivix atau B Complex atau Collagen, atau GLA sudah memadai. Pilih 1 je. Tapi yang selalu saya suggest itu adalah terbaik, 2 atau lebih vitamin yang ada di dalam satu set tu untuk mengoptimumkan kesan vitamin terhadap kulit.

Contohnya kalau anda ambil Vitamin C satu je, kesannya mungkin dalam masa 2 atau 3 bulan berbanding dengan Vivix atau Collagen. Vitamin C membantu meransang penghasilan collagen pada kulit kita. Selain tu juga vitamin C ni ade manfaat-manfaat lain seperti menguatkan imun system badan, memerangi cancer,menstabilkan tekanan darah dan sebagainya.

TAPI vivix dan Collagen ni dicipta khas untuk melambatkan proses penuaan. MATLAMAT UTAMAnya ialah untuk meremajakan kulit dan anda juga akan dapat benefit-benefit lain contohnya paras kolestrol, darah, gula akan kembali stabil, sakit sendi, sakit belakang, sakit lutut akan beransur lega.

Ni testimoni pengguna yang berpuas hati dengan set yang diorang ambil. cuba perhatikan, ada yang ambil 1 jenis, 2 jenis, 3,4 jenis pun ada.



Ambil ESP sahaja
ESP + GLA je
ESP + Vita E

Ayu Raudhah ambilVivix

Ambil ESP + vita E + dan Alfalfa
Ambil Set Kurus + ESP (4 jenis Vitamin)
Testimoni GLA utk cyst


Banyak kan testimoni? ade yang ambil 1, ade yang ambil banyak. semuanya berkesan. bergantung kepada kondisi badan seseorang tu. ade yang express ade yang ambil masa skit.

Walau berapa pun yang anda ambil, mesti ingat undang-undang ataupun rules makan vitamin ni. Mesti FOLLOW. Sebab tu ade yg ambil vitamin tapi tak memberi kesan.

1. kena ambil air masak sekurang-kurangnya 3L sehari.

***jangan minum air manis sebab air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan kegemukan.

2. Jangan ambil vitamin dalam kuantiti yg banyak sekaligus.Penting ambil vitamin dengan aturan yang saya bagi.

***ade setengah org dia takut terlupa ambil vitamin, telan 5,6 jenis sekaligus dalam satu masa.tak boleh!!! mengganggu penyerapan vitamin-vitamin tu.

3. Elak / kurangkan minum minuman berkafein. Ianya boleh mengganggu proses penyerapan vitamin ke dalam tubuh kita. Rugi jela beli vitamin mahal-mahal tapi tak berkesan. 

*** Boleh minum kalau nak jugak tapi jangan ambil 1,2 jam lepas ambil vitamin.

Tula serba sedikit tentang peaturan dan cara-cara ambil vitamin. kesimpulannya, beli vitamin ikut kemampuan sendiri dan ikut rules2 tadi tu untuk mengoptimumkan kesan terhadap badan anda walaupun anda ambil satu vitamin je.

opssss!!! sebelum terlupa-sel-sel kita memerlukan masa selama 90 hari atau kurang utk bertindak balas dgn vitamin yg kita ambil. so jgn cepat give up.

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion 

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Friday 1 November 2013

Kenal taska di umur 3 tahun 9 bulan.

Assalamualaikum...

Harini baru nak update pasal semalam. ape lagi pasal anak sulungku tu la... semalam dah start masuk taska. tinggalkan dia seharian kat situ dan saya cuti. 

cuti-cuti pun pergi gak court sebab last minute ade kes. call cikgu dia pukul 10 am.

cikgu cakap, Haziq ok, dia nangis  sekejap je lepas puan pergi. sekarang dia tengah main2. tapi dia tak nak campur kwn2 lain. takpe, dia kan baru lagi. saya pun tak de apa nak tanya. seperti jangkaan saya, mesti haziq wat hal sendiri. so perkara jadi seperti apa yang saya expect.settle.


rambut panjang tak gunting-gunting lagi.

adik haziq, amni.
saya pun malas nak call banyak kali buat orang annoyed je kan...macam tak percaya plak kat cikgu-cikgu utk jaga anak kita bila kita call berpuluh kali. ikutkan hati memang nak call banyak kali. yela, mak mana tak risaukan anak dia. nak-nak pulak haziq ni lain skit perangai dia. lain skit dari amni.

dari shah alam terus saya amik haziq. lepas court tadi lepak-lepak kat kedai abg zam.

bila sampai je kat sana, dengar suara dia nangis-nangis. tak tau macam mana cikgu dia tahu saya sampai. ngam-ngam sampai depan pintu, terus cikgu buka pintu siap bawa beg baju dia. niat di hati nak la intai dia kat dalam tengah buat apa. sekali dah kat muka pintu nangis-nangis.

mesti haziq confuse, takut, tak faham dengan keadaan baru yang dia lalui tadi..yela selama 3 tahun 9 bulan dengan nenek. tetiba harini duduk dengan kawan-kawan yg ramai, ade cikgu-cikgu lagi.



cikgu siti cakap dia tak nak makan sangat, minum pun kurang.tidur pun kejap-kejap terjaga. kesian sebenarnya..saya harap benda ni bersifat sementara je. sementara dia nak sesuaikan diri dengan keadaan baru. berat sebenarnya hati ni, tapi demi kebaikan Haziq, saya terpaksa.

dulu memang nak letak anak di taska, tapi time tu taska sangat penuh, takde tempat yg dekat dengan rumah, terpaksa nenek jaga. lagipun dulu haziq kerap sakit, sebab tu risau nak tinggal kat taska. haziq selalu kena sawan tarik. sedih nak cite masa silam Haziq ni, sebab tu la dia lewat masuk taska.

bagus taska ni sebab mendidik anak kita bersosial, berdikari dan byk lagi. yang buruk pun ade, apa-apa pun camtu la ade baik, ada buruk dia.

lepas balik rumah, belikan dia satay ayam. hmmm, laparla katakan, seronok tengok dia makan.banyak makan.

lepasni saya kena masak makanan yang best-best la lepas balik keje takut dia tak nak makan kat sana.

hmmm..doakan saya selalu bersabar. ini semua asam garam dalam membesarkan anak-anak. semoga kita menjadi ibu-ibu yang hebat.

Write with Love and Passion
~Rahmah~




Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...