Thursday 10 October 2013

Ghairah Putihkan Kulit undang Kanser

Assalamualaikum...

Baik lelaki mahupun wanita mesti idamkan untuk dapat kulit yang cantik dan bermaya, tetapi jangan sampai kita obses nak cantik sampai mengundang bahaya jika kita tak tau cara yang betul.

Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit / 5 billion sel sehari. Mana-mana sel yang mati akan berkumpul menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya dan terjadinya masalah jeragat, jerawat, liang roma terbuka dan bintik hitam. ini menyebabkan wajah kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.

Dalam usaha kita untuk mendapat kulit yang cantik dan bermaya, sila jauhi produk yang mengandungi bahan kimia iaitu HIDROKUINON yang boleh menyebabkan terjadinya kanser. Anda tahu apa itu melanin tak? melanin ni fungsinya melindungi kulit daripada sinar UV dan menghindarkan dari kanser kulit. Tapi, jika anda guna hidrokuinon ni, ia akan menghalang pembentukan melanin.   



Hidrokuinon ni ialah racun yang kerap digunakan pada krim malam dan krim pemutih kulit. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor atau farmasi. Kalau anda nak tahu, ia adalah racun yang sangat merbahaya dan mengandungi bahan kimia yang kuat. Disebabkan itu, ia juga digunakan dalam proses pemprosesan getah dan dye rambut dan ada sifat meluntur dan menghakis lapisan luar kulit kita (epidermis).


Jika kita guna produk yang ada hidrokuinon ni, memang sangat berkesan untuk mencerahkan kulit, parut jerawat dan jeragat, tapi ramai yang tak tahu yang disebabkan hakisan kuat tu lah yang buat kulit jadi cerah dan cantik dalam masa yang singkat. Cantik sekejap je, dan akan bertukar kepada kulit asal semula kalau kita stop guna produk tu. Kalau nak terus menerus jadi putih dan cantik, kenala guna produk yang ade kandungan hidrokuinon dengan dos yang lebih tinggi.




Lepas tu lapisan kulit epidermis pun rosak dan kulit dah tak de protein dan melanin lagi untuk lindungi kesan pancaran UV, last-last jadi puteri lilin yang bila kena cahaya matahari je dah mula muka merah-merah, pedih dsb. Dipendekkan cerita lama kelamaan bila fungsi kulit kita dah diganggugugat dan terdedah kepada sinar UV, maka wujudlah kanser kulit.



Take note juga ye, selain hidrokuinon, krim malam dan krim pemutih kulit ini juga merbahaya jika ada kandungan merkuri, tretinoin, raksa, monobenzil, asid askorbik dan peroksida yang mana boleh diserap menerisi pembuluh darah hingga boleh memberi kesan kepada pertuturan, pendengaran, muntah, renjatan otot, sakit kepala, sawan dan koma.

Kalau tanya saya, mestila saya suka guna bahan-bahan semulajadi yang selamat dan berkesan.

Write with Love and Passion
Rahmah
~SKIN EXPERT~



Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...