Wednesday 20 November 2013

Cara Basuh Uri : Suami Mesti Tahu !!!

Assalamualaikum....

Uri ataupun digelar placenta dalam bahasa inggeris. Fungsi uri di dalam rahim ibu ni untuk menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam perut. Selain tu uri ni tempat penyaluran bahan kumuh untuk dikeluarkan oleh ibu.  Unik kan ciptaan Allah..

Uri ni akan dikeluarkan bersama-sama bayi. bayi keluar kemudian uri pula akan dikeluarkan oleh doktor. Nurse akan bungkus elok-elok dan bagi dekat suami/mak ayah kita yang ada dengan kita time bersalin tu.

Uri bukan kembar bayi

Uri anak saya dua-dua ditanam di umah mak mertua. Tapi mak saya yang basuh siap-siap semua, husband pergi tanam je. yela, nasib baik mak mertua orang KL. kalau rumah mak ayah jauh, tanam je dekat rumah sewa/rumah kita tu. ataupun yang jenis rumah tinggi-tinggi tu, tanam la dekat rumah kawan ke. sure diorang bagi. 

Mula-mula dapat uri nak buat apa? macam daging lembu/kambing kan? masak kicap la, apa lagi...ehehe. Saya share kat sini cara mak saya basuh uri ye.

1. Bersihkan darah-darah yang melekat dekat uri tu.basuh dengan air yang perlahan sampai bersih.

2. Gaul garam dengan asam supaya tak busuk/hanyir.

3. Balut dengan kain. selalunya balut dengan kain putih. bukan apa, putih kan nampak bersih. lagipun tu kan sebahagian dari daging dari rahim kita, warna putih tu just sebagai simbol kita menghargai peranan uri tu semasa dalam kandungan kita je. tak lebih dari tu pun.

4. Tanam. Gali lubang untuk tanam. Jangan tanam terlalu dalam dan terlalu cetek, takut binatang boleh korek dan makan uri tu. sebelum tanam tu baca la selawat. Bukan nak tanam uri je, nak buat apa pun kena la bismillah, kalau selawat, lagi dapat banyak pahala.



Uri yang tak dituntut di hospital diklasifikasikan sebagai "medical waste". uri-uri ni akan dihantar kepada kontraktor pembersihan untuk dibakar.

Ada juga kepercayaan karut pasal uri ni. ade setengah tanam dengan pensel. konon-kononnya anak tu akan bijak belajar. semua tu karut, dan bila tanam uri ni tak perlu pun untuk mengadap kiblat. senang je, jangan menyusahkan diri. sebab dalam Quran tak de pun highlight cara tanam uri dan peranan uri dalam membentuk sahsiah anak. Uri juga bukan kembar bayi, malah ia diklasifikasikan sebagai najis setelah terpisah dari bayi semasa dilahirkan.



***haram ye kalau guna produk kecantikan berasaskan uri manusia ataupun haiwan (najis). banyak lagi benda lain boleh buat kita cantik. lainla kalau darurat.

***nak suruh husband saya basuh uri plak kalau2 ada rezeki lagi.

Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...