Friday 14 August 2015

Pastikan Anak Anda Minum Air Masak !!!

Assalamualaikum.

Hari nak cite pasal pentingnya ajar anak-anak kita minum air masak.

Air masak kan tak sedap. Sebab tu susah sangat kita nak minum air masak ni. Baik yg muda sampaila ke tua.

Tapi benda tak sedap ni la bagi kita tubuh badan yg sihat.

Nak train anak minum air masak bagi sesetengahnya senang minum. Sesetengahnya susah ya amat...!!!

Anak-anak saya alhamdulillah senang. Ada jugak cabaran dia mula2 tapi pandai2 la kita psyco diorang, puji2 skit abesla cair.

Budak berdua ni pantang dipuji..kembang kempis nanti bontot.
Anak saya yg ketiga pun suka minum air masak. Baru setahun. Kelebihan air masak utk baby/kanak ni yg paling penting bagi saya ade 3 je. Bagi tujuan kesihatan maksud saya. Ada tujuan kecantikan tapi takde maknanye utk kecantikan bagi kanak-kanak ni. Kulit dorg pun banyak collagen dr kita. Tak berkurang lagipun (jelesnyeeee!!!)

Mula minum air kakak & abg guna straw

Yakult pun saya suka!!!

Ni bekal dorg bawa. 3org 3 botol.


3 tujuan utama bagi pendapat saya ye. (kalau ade lagi yg korang rasa baik utk kesihatan dorg sila add kat komen ye..tq)

1. Supaya kencing lawas. Sakit wooo sape penah rasa kencing tak lawas. Skit2 kencing dan pedih bahagian tutut...

2. Dapat menyahkan toxin dalam badan. Toxin ni terbentuk melalui pemakanan kita. Anak2 sekarang makan nugget,kentang goreng,fast food keropok,gula-gula. Zaman kanak2 kita dulu tak banyak fast food ni. Zaman sekarang ni banyak gila. So air masak ni dapat flush toxin melalui urine.

3. Sistem pencernaan akan lancar. Makan laju-laju,sumbat dalam mulut banyak2 tu memang type kanak2 sedang membesar. Kunyah sekali dua lepas tu telan. Air masak ni dapat membantu mempercepatkan proses pencernaan. Cepat cerna cepatla membuang. Tiap2 hari kena membuang ye syg2 sekalian. Kalau tak buang badan kita tak sihat,lemau2 sebab kita simpan racun dalam badan kita. Kalau tak suka minum air masak,pencernaan lambat dan bila time nak membuang setelah lama simpan dlm perut tiba2 sembelit...haaa??? Kan dah parah. Macam jatuh ditimpa tangga gitu.

Sembelit akan buat saluran buang air besar tu luka..sian dorg. Kalau kita ok,kalau dorg kena kita gak yg susah...susah hati,susah duit lagi. Yela nak byr kos ubat semua. Kang tak bawa g klinik kang takut ada benda serius plak.

So better kita ajar anak2 kita air masak dari awal. Setahun dah ok boleh start. Tapi ajar anak jgn plak mak ayah tak minum. Nanti jadi spt ketam ajar anaknya berjalan lurus plak. Almaklum jela kepimpinan melaui teladan katakannnnn..

Heheh..gurau2 je kay.. ok semoga korang semua dipermudahkan segala urusan berkaitan mendidik anak2 syurga ni kay.

Love all.

Regards,
Rahmah
Write with love and passion





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

5 comments:

  1. Betul setuju.. anak no 2 saya suka sangat air suam... air2 manis ni jarang sgt dia minum... tapi abang dia payah sikit... air suam mmg jaranh sgt minum. Kalau suruh minum air suam... sampai nangis2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar jela..in sha allah abg akan suka tu..kalau susah sgt maknye kne apply sistem reward anak la camni..kalau minum air dpt something..hehe.

      Delete
    2. Sabar jela..in sha allah abg akan suka tu..kalau susah sgt maknye kne apply sistem reward anak la camni..kalau minum air dpt something..hehe.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Dua anak saya, yang kecil senang disuruh minum air masak tapi yang abangnya memang susah sikit. Kalau boleh ngelat mesti nak ngelat. Sampai saya suruh dia minum air masak depan saya 8 gelas sehari. Kalau kata dah minum tapi saya tak nampak itu kira tak aci!

    Tapikan saya pun macam ketam juga. Paksa anak bukan main, saya pun kadang-kadang main tak aci juga bila nak minum air masak ni. Selalu tak cukup 8 gelas sehari. Dah kena kencing tak lawas, baru nangis-nangis teguk air masak banyak-banyak. Padan muka!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...