Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

MENYUSU BAYI: PERLU ATAU TAK PERLU AMALKAN SHAKLEE.

Assalamualikum...

Alhamdulillah...syukur Ya Allah yang Maha Memberi. Saya diberi kesempatan untuk berkongsi tentang topik penyusuan pulak kali ini.

Pertama sekali biar saya tetapkan niat terlebih dahulu bahawa entry kali ni bukanlah bertujuan untuk mencantas/membidas/menyalahkan dan jauh sekali untuk memburuk burukkan dan menutup periuk nasi sesiapa pun. Ia hanyalah sekadar satu pandangan dari perspektif yg berbeza. Matlamat yg sama iaitu penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun tapi caranya dan kaedahnya berbeza,sangat berbeza.

Begini, sila baca dan hadamkan gambar2 yg saya telah upload dibawah dari no.1 hingga no.3.. Saya printscreen ini dari fb seorang MENTOR PENYUSUAN yg berjaya menyusukan anak TANPA BANTUAN SUPPLEMENT/MAKANAN TAMBAHAN.

tips shaklee menyusu


susu badan banyak


susu banyak dengan shaklee

Dah habis baca??info apa yg mommy2 semua dapat?? Dan soalan saya seterusnya ialah apa komen anda??

baiklah,ini komen saya mengikut point2/tips2 yg diberikan utk membantu mommy2 semua.

"Kandungan zat dalam susu ibu bertambah mengikut tumbesaran bayi"

My comment: saya setuju 100%.

tapi mommy2 tak boleh jaga/kawal makan. Kena banyak makan...betul kan?? Bukan ke makanan yg seimbang tu kena ada protein (lauk), serat / mineral (sayur / buah) dan karbohidrat (nasi)???

Kenapa kena ada tambahan telur,tauhu lagi dalam makanan kita?? Kenapa??? 
BIG WHY di situ. KENAPA????????????

SEBAB.......makanan yg kita ambil sehari-hari memang tak cukup utk membekalkan kita nutrient yg diperlukan oleh badan kita. Sebab tu kena banyak makan. Itu idea si mentor.

Sebenarnya konsep macamni memang totally salah. Sebab bila kita banyak makan, kalori bertambah, lemak bertambah. Berat badan bertambah.

So ibu menyusu akan sentiasa gempal dan penampilan bergaya kita terpaksa postpone selama 2 tahun sebab nak menjayakan penyusuan anak selama 2 tahun?? Kalau tak bergaya saya boleh lagi terima tapi kalau dapat penyakit macam mana??

Oh tidakkkkkk..!!!saya tak sanggup. Ini pendapat saya dan saya cadangkan begini ye...

Mentor tu ade lagi tambah pada page kedua...bunyinya begini "susu yg terhasil perlukan zat yg lebih byk utk hasilkan kuantiti yg sama. Kalau dulu kena minum susu sekali je, kali ni kena minum 2 kali barula dapat kuantiti yg sama"...

Bab minum 2x susu tu saya dah ulas tadi..idea si mentor ialah kena mkn/minum banyak. 

Yg paling penting kat sini saya nak highlight ialah bab susu terhasil. Utk susu terhasil memerlukan zat lebih banyak...haaa...itu dah menyokong makanan tambahan nampaknya..ingat..mentor ni tak setuju penggunaan supplement utk kelansungan penyusuan susu ibu.

Ingat lagi tak idea si mentor tadi?? ok saya simpulkan di sini ye..ideanya begini. Mommy2 semua kena lipat gandakan makan / minum utk memenuhi keperluan bayi kerana bila bayi semakin membesar baby akan lebih banyak minum susu ibu. Oleh itu ZAT YANG BANYAK diperlukan oleh mommy2 bagi menghasilkan susu ibu bagi mencukupkan demand/keperluan bayi anda.

Mommy2 kena faham ye...!!! kenapa makanan tambahan tu diwujudkan??? KENAPA???

Sebabnya utk memenuhi / melengkapkan zat yg diperlukan oleh badan kita. Mentor pun ade explain yg badan kita memerlukan zat yg lebih bagi menghasilkan susu ibu dgn cara banyakkan/lebihkan makan.

set menyusu
SHAKLEE BANYAK MEMBANTU SAYA !!!


Jika Mommy2 tanya saya..saya menyokong penyusuan susu ibu dengan bantuan supplement. Kerana supplement sgt penting bagi saya sebab saya ni jenis yg memilih/cerewet makan. 

Kalau ikut cara mentor,saya rasa saya menangis sambil makan sebab saya tak suka sgt makan sayur, ayam pun kurang, ikan lagi la...macam mana saya nak bykkan makan pelbagai jenis lauk,sayur semua tu??

Kalaupun mommy2 semua makan semua jenis makanan, mommy2 kena cek balik makanan yg kita makan. Kalau nak kuality yg bagus kenala banyakkan ulam-ulaman. Lauk jangan terlebih goreng atau masak. Kalau terlebih masak nanti zat hilang, jadinya kita makan hampas jela.

Kalau nak tau langkah yg lebih selamat dan bijak dan tak payah makan byk2, saya cadangkan mommy2 amalkan supplement. 
Vitalea sendiri menyediakan semua khasiat yg dperlukan oleh badan kita. Dari A to Z  lengkap semua jenis vitamin. 2 biji vitalea bersamaan 40 jenis lauk tau.

Cara saya maintain susu jom baca SINI 

Makan nasi macam biasa, 2 atau 3 kali sehari dan ambil 1 biji vitalea. Bonus yg mommy2 dpt sgt la byk lagi2 kalau amalkan set menyusu..lama tau set ni bertahan. Bukan sebulan, bukan 2 bulan tapi 4 bulan tau..berbaloi sangat2. Kenapa saya cakap macamni?? Saya juga seorang ibu, saya juga menyusukan anak. Anak saya 3, pengalaman saya dalam penyusuan dah 5 tahun.

Set menyusu lengkap terdiri dari:
VITALEA
B COMPLEX
VITAMIN C
ESP
ALFALFA

 Utk set menyusu bajet boleh refer DI SINI


Cukupla sampai di sini dulu..panjang pulak entry ni. Semoga bermanfaat.
Semuanya dengan izin Allah. Shaklee sebagai ikhtiar sahaja.

Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion


  

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Wednesday, 11 February 2015

1 SEBAB TERBESAR MENGAPA SAYA PERLUKAN SUPPLEMENT DALAM PENYUSUAN.

Assalamualaikum....

Topik menyusu ye alkisahnye. Tp kan...topik ni macam sensitif pun ade sebabnya ramai ibu-ibu yang mempunyai perbezaan pendapat tentang bab-bab menyusu ni.


Harap2 post kali ni tak mengundang kontroversi ataupun ada yang terasa hati. Tak syok la camtu sebab apa yang saya akan tulis dan apa yang korang baca nanti truly from my own experience bukan suatu fakta pun.

Perlu tak ibu menyusu ambil supplement????

Kalau jawapan korang TIDAK dan korang perlu explain WHY????

Tapi jawapan saya YA...SEBAB ni melalui pemerhatian dan pengalaman saya, saya ni jenis yang kena makan makanan yang berkhasiat, minum minuman yang bercoklat, something yang creamy baru susu akan bertambah. Makanan berkhasiat tu saya perlukan makanan seimbang hokayyy..tu yang saya tak boleh nak buat. Sebabnya saya ni org yg tak berapa makan sayur, tak berapa makan ikan/ayam..(tp seafood memang suka gileerrr..).kalau makan ayam/ikan tu pun saya akan memilih, nak yang keras2, yang garing2 gitu..kalau isi lembik2 memang saya tak makan..rela makan nasi, kuah saje pun takpe. Kat situ saya dah hilang banyak sumber protein. Bila makan nasik dengan kuah je, saya just dapat karbohidrat je. Sayur saya makan tapi tak semua la, boleh kira dengan jari je. Bila saya perhatikan pola pemakanan saya yang kronik tu dan pada masa yang sama saya perhatikan stok EBM saya, memang ada perubahan. Kalau perubahan tu ok takpe..tapi perubahan tu sangat k.o sebenarnya..dari sehari 20oz saya hanya dapat collect 9 atau 10oz je sehari kalau amalkan tabiat pemakanan saya yang kronik tu.


Lepas tu saya ber-eksperimen lagi, saya ambil Vitalea, Vita C, B Complex dan ESP. Saya makan seperti biasa, dengan tabiat kronik saya tu lagi cuba ada penambahan vitamin2 tu je. Alhamdulillah susu saya boleh maintain, susu terasa penuh sentiasa, bila pam senang je kuar sebab, lancar je. Nikmatnya Allah dan mommy2 je yang tau bila kita pam susu tengah banyak. Dari situ datang peace of mind saya, dah tenang skit, barula seronok nak pam. sebab salah satu kunci kejayaan susu banyak terhasil datang dari ketenangan jiwa. Tenang ni macam2 bentuk kita boleh dapat contohnya berzikir, tengok gambar anak dan sebagainya.Kalau nak tau, bila kita tenang, hormon oksitoksin akan dirembeskan, sebab tu yang susu kita memancut-mancut tu. masing2 ada style tersendiri kan utk berasa tenang dan please continue ye. 



Saya tak nafikan yang sesetengah orang anti bab-bab supplement ni sebab diorang sebenarnya ditipu oleh sesetengah pihak yang nak mengaut keuntungan semata-mata cakap yang supplement ni membantu banyakkan susu kemudia full stop.

Sebenarnya tabiat pemakanan, kekerapan mengosongkan payudara tu kunci utama untuk kita menyusukan bayi kita. cukupla susu yang kita hasilkan tu cukup untuk anak kita, cukup sampai 2 tahun. Saya memang kerap pam. Ambil supplement dan kerap pam. Kalau saya miss salah satu ni nanti susu akan kurang. Mommy2 lain ada yg jenis kena byk minum air kosong, tapi bagi saya tak, sehari 1.5 liter pun takde masalah, susu maintain je. (seeloknya minum air masak 3L sehari sebab amalkan supplement). Nampak x??? setiap orang sangat berbeza. Tapi macam saya cakap tadi tu la, bagi saya kunci utama untuk berjaya dalam penyusuan hingga 2 tahaun ialah  1. tabiat pemakanan dan 2. kekerapan mengosongkan payudara.

susu meriah



Time saya try utk tak ambil supplement tu saya rasa letih, penat. Bukan penat badan je tapi penat nak memikirkan apa nak makan pagi, makan tengahari, makan malam. Tak bolehla nak makan so so je sebab sepenuhnya kita bergantung kepada menu harian kita. Senang cite masak sendiri, lagi senang nak plan menu sihat. Dahla cerewet makan, kat ofis memang restoran Melayu/Mamak ade berapa kerat je (banyak fast food restaurant). Kadang2 saya jemu plus tak larat nak jalan pegi beli makanan saya memang makan biskut jela, minum air bergelen2 sebab tak nak bagi lapar. Rupanya dalam saya duk try2 natural booster ni saya dapati yang kopi o ni buat susu saya banyak..tapi bila saya amik hari2, susu dah tak jadi banyak dah, dia jadi cam biasa balik. tu saya tak pasti kenapa, try cari jawapan belum dapat lagi jawapan.

Masalah saya ialah tabiat pemakanan yang betul, so penyelesaian yang saya ambil ialah dengan ambil supplement yang saya cakap tadi. sebab Vitalea tu ialah multivitamin. Pengambilan sebanyak 2bj Vitalea bersamaan 40 jenis lauk. Itu je cara saya sebab nak make sure khasiat yang diperlukan oleh badan kita dipenuhi. Bila badan cukup khasiat dan zat, barula penghasilan susu lancar.

Kalau tak caya tabiat pemakanan ni kunci utama mommy2 tryla puasa tanpa makan apa2, just minum air masak je time sahur. pam sessi pagi mungkin dapat banyak, sessi tghari dan petang mesti merudum punya.. sebab ape ye??? sebab tak makan. lepas tu tak ambil supplement pulak, memang susah nak maintain susu..Dah namanya pun supplement, ia hanya makanan tambahan, bukan makanan utama. Makanan yang kita ambil tak semuanya berkhasiat. Fungsi vitamin2 ni ni utk melengkapkan nutrisi yg diperlukan oleh tubuh badan kita.



Saya bukannye pakar penyusuan ataupun pakar nutrisi tapi apa yang boleh saya bagitau kat sini ialah berdasarkan pengalaman saya. mommy2 bebas untuk bersetuju atau tak bersetuju. Just niat saya untuk share dan bantu mommy2 yang mungkin mengalami masalah dalam penyusuan.Tak salah mencuba, tak cuba tak tahu.

shaklee


Untuk mencuba vitamin-vitamin yang kami tawarkan sila Whatsapp ke 012-6618052. saya akan cuba untuk membantu mommy2 semua dan tips untuk menghasilkan susu meriah untuk si manja anda dibekalkan dan consultation PERCUMA sepanjang masa.

~Rahmah~
Write with Love & Passion







Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Sunday, 8 December 2013

10 Sebab Ibu Gagal Menyusukan Bayi dengan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Hai ibu-ibu yang saya sayangi, saya juga seorang ibu seperti anda dan juga pernah mengalami situasi yang anda hadapi dalam dunia penyusuan bayi. Atas sebab itula saya terpanggil untuk share sebab-sebab yang boleh membuatkan ibu gagal untuk menyusukan anak masing-masing. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya dalam menyusukan 2 orang anak saya. Anak pertama saya gagal, anak kedua, syukur alhamdulillah, saya bangkit dari kegagalan yang lepas dengan izin allah. 

Hak anak untuk mendapat susu dari ibunya.


1. Kurang ilmu pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu.
Penyusuan ibu ialah satu jalan yang berliku lebih-lebih lagi ibu yang berkerjaya. Ibu semestinya melengkapkan diri dengan ilmu dan join supporting group untuk mendalami ilmu berkenaan dengan penyusuan bayi dengan susu ibu. masalah dalam penyusuan akan menjadi lebih mudah dan senang ditangani dengan adanya persekitaran yang membantu anda untuk berjaya di dalam bidang ini.

2. Terlalu awal mendedahkan penggunaan botol kepada bayi
akibatnya bayi lebih suka minum dari botol berbanding direct feeding. direct feeding terbukti dapat menghasilkan pengeluaran susu yang banyak dan memenuhi keperluan bayi,mengeratkan kasih sayang dan memberi ketengangan kepada ibu.

Jangan terlalu awal beri susu dalam botol


3. Fikir bahawa susu tidak cukup untuk bayi.
Susu ibu dihasilkan mengikut keperluan bayi anda. Susu ibu yang baru melahirkan anak memang agak sedikit jika dibandingkan dengan ibu yang mempunyai anak berumur 6 bulan. Yakinlah, susu anda akan bertambah dari hari ke hari.

4. Pemakanan Tidak Seimbang.
Makanan adalah komponen utama dalam penghasilan susu ibu. Makanan berkhasiat dan kaya dengan nutrisi adalah penting bagi menghasilkan susu yang cukup dan berkhasiat untuk anak. Makanan ibu mestilah seimbang dan ibu digalakkan supaya mengamalkan supplement bagi menampung kekurangan nutrisi dalam pengambilan makanan seharian. Supplement juga membantu ibu dalam memberikan tenaga dan kecerdasan badan kerana banyak nutrisi dalam badan ibu telah disalurkan bagi tujuan penghasilan susu ibu.

Makan Mesti Seimbang


5. Tidak suka minum air masak/suam.
Susu ibu memerlukan air bagi menghasilkan susu. Minum air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari bagi menggantikan air yang hilang dari badan ibu dan juga untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kurangkan kafein dan ais kerana boleh mengurangkan penghasilan susu ibu

6. Tiada sokongan dari suami.
Suami adalah teman paling akrab dengan isteri. Kegagalan suami memahami naluri dan keinginan isteri untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun mematahkan harapan isteri. Digalakkan suami mengambil tahu bab-bab keibubapaan dan penyusuan ibu dengan mendalam agar sedar betapa pentingnya menyusukan bayi dengan susu ibu.

suami mithali
Isteri perlukan sokongan dari suami

7. Tiada Sokongan dari Pengasuh Taska.
Sesetengah Taska tidak didedahkan dengan cara pengendalian susu ibu. Pilihlah Taska yang berdaftar dengan JKM kerana JKM mempunyai galakan dan didikan kepada Taska-taska yang berdaftar mengenai pengendalian susu ibu. JKM juga menitikberatkan soal penjagaan bayi yang betul dan menitikberatkan soal keselamatan bayi seperti tercekik susu.

8. Kurangnya sesi mengepam di pejabat.
Ibu yang berkerjaya agak sibuk dengan tugasan di pejabat. Cara terbaik ialah dengan mempunyai breastpump berfungsi automatik. Dengan breastpump automatik ini akan menjimatkan masa dan pada yang sama ibu boleh melakukan kerja dan memandu sambil mengepam. Dengan mengosongkan payudara, satu signal akan dihantar ke otak supaya menghasilkan lebih banyak susu.

Set Menyusu Shaklee
Berusahalah wahai ibu
9. Stress
Stress sangat merbahaya untuk jantung kita juga selain membantutkan pengeluaran susu ibu. Ibu digalakkan mengamalkan zikir-zikir untuk menenangkan hati semasa mengepam dan fokus pada anak in sha allah ibu akan merasa tenang. Pengurusan masa juga sangat penting agar kerja diselesaikan terlebih dahulu sebelum mengepam untuk mengelakkan ibu memikirkan soal kerja semasa mengepam.

10. Breastpump yang tidak berkesan.
Keadaan breastpump juga memainkan peranan yang penting. Sesetengah breastpump tidak berupaya mengosongkan payudara dengan sempurna dan ada juga yang menyakitkan. Pilih breastpump yang berkualiti dan jenama yang digunakan ramai. Emosi menahan sakit dan tidak tenang semasa mengepam juga mempengaruhi pengeluaran susu. 

Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu yang hebat yang mempunyai hasrat murni ini. Semoga kita diberi ganjaran pahala dan diberkati allah dengan memilih untuk menyusukan bayi kita dengan susu kita sendiri dan jangan mudah putus asa !!!

susu terbaik
I L.O.V.E susu ibu 


Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...