Sunday, 8 December 2013

10 Sebab Ibu Gagal Menyusukan Bayi dengan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Hai ibu-ibu yang saya sayangi, saya juga seorang ibu seperti anda dan juga pernah mengalami situasi yang anda hadapi dalam dunia penyusuan bayi. Atas sebab itula saya terpanggil untuk share sebab-sebab yang boleh membuatkan ibu gagal untuk menyusukan anak masing-masing. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya dalam menyusukan 2 orang anak saya. Anak pertama saya gagal, anak kedua, syukur alhamdulillah, saya bangkit dari kegagalan yang lepas dengan izin allah. 

Hak anak untuk mendapat susu dari ibunya.


1. Kurang ilmu pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu.
Penyusuan ibu ialah satu jalan yang berliku lebih-lebih lagi ibu yang berkerjaya. Ibu semestinya melengkapkan diri dengan ilmu dan join supporting group untuk mendalami ilmu berkenaan dengan penyusuan bayi dengan susu ibu. masalah dalam penyusuan akan menjadi lebih mudah dan senang ditangani dengan adanya persekitaran yang membantu anda untuk berjaya di dalam bidang ini.

2. Terlalu awal mendedahkan penggunaan botol kepada bayi
akibatnya bayi lebih suka minum dari botol berbanding direct feeding. direct feeding terbukti dapat menghasilkan pengeluaran susu yang banyak dan memenuhi keperluan bayi,mengeratkan kasih sayang dan memberi ketengangan kepada ibu.

Jangan terlalu awal beri susu dalam botol


3. Fikir bahawa susu tidak cukup untuk bayi.
Susu ibu dihasilkan mengikut keperluan bayi anda. Susu ibu yang baru melahirkan anak memang agak sedikit jika dibandingkan dengan ibu yang mempunyai anak berumur 6 bulan. Yakinlah, susu anda akan bertambah dari hari ke hari.

4. Pemakanan Tidak Seimbang.
Makanan adalah komponen utama dalam penghasilan susu ibu. Makanan berkhasiat dan kaya dengan nutrisi adalah penting bagi menghasilkan susu yang cukup dan berkhasiat untuk anak. Makanan ibu mestilah seimbang dan ibu digalakkan supaya mengamalkan supplement bagi menampung kekurangan nutrisi dalam pengambilan makanan seharian. Supplement juga membantu ibu dalam memberikan tenaga dan kecerdasan badan kerana banyak nutrisi dalam badan ibu telah disalurkan bagi tujuan penghasilan susu ibu.

Makan Mesti Seimbang


5. Tidak suka minum air masak/suam.
Susu ibu memerlukan air bagi menghasilkan susu. Minum air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari bagi menggantikan air yang hilang dari badan ibu dan juga untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kurangkan kafein dan ais kerana boleh mengurangkan penghasilan susu ibu

6. Tiada sokongan dari suami.
Suami adalah teman paling akrab dengan isteri. Kegagalan suami memahami naluri dan keinginan isteri untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun mematahkan harapan isteri. Digalakkan suami mengambil tahu bab-bab keibubapaan dan penyusuan ibu dengan mendalam agar sedar betapa pentingnya menyusukan bayi dengan susu ibu.

suami mithali
Isteri perlukan sokongan dari suami

7. Tiada Sokongan dari Pengasuh Taska.
Sesetengah Taska tidak didedahkan dengan cara pengendalian susu ibu. Pilihlah Taska yang berdaftar dengan JKM kerana JKM mempunyai galakan dan didikan kepada Taska-taska yang berdaftar mengenai pengendalian susu ibu. JKM juga menitikberatkan soal penjagaan bayi yang betul dan menitikberatkan soal keselamatan bayi seperti tercekik susu.

8. Kurangnya sesi mengepam di pejabat.
Ibu yang berkerjaya agak sibuk dengan tugasan di pejabat. Cara terbaik ialah dengan mempunyai breastpump berfungsi automatik. Dengan breastpump automatik ini akan menjimatkan masa dan pada yang sama ibu boleh melakukan kerja dan memandu sambil mengepam. Dengan mengosongkan payudara, satu signal akan dihantar ke otak supaya menghasilkan lebih banyak susu.

Set Menyusu Shaklee
Berusahalah wahai ibu
9. Stress
Stress sangat merbahaya untuk jantung kita juga selain membantutkan pengeluaran susu ibu. Ibu digalakkan mengamalkan zikir-zikir untuk menenangkan hati semasa mengepam dan fokus pada anak in sha allah ibu akan merasa tenang. Pengurusan masa juga sangat penting agar kerja diselesaikan terlebih dahulu sebelum mengepam untuk mengelakkan ibu memikirkan soal kerja semasa mengepam.

10. Breastpump yang tidak berkesan.
Keadaan breastpump juga memainkan peranan yang penting. Sesetengah breastpump tidak berupaya mengosongkan payudara dengan sempurna dan ada juga yang menyakitkan. Pilih breastpump yang berkualiti dan jenama yang digunakan ramai. Emosi menahan sakit dan tidak tenang semasa mengepam juga mempengaruhi pengeluaran susu. 

Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu yang hebat yang mempunyai hasrat murni ini. Semoga kita diberi ganjaran pahala dan diberkati allah dengan memilih untuk menyusukan bayi kita dengan susu kita sendiri dan jangan mudah putus asa !!!

susu terbaik
I L.O.V.E susu ibu 


Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...