Biar betul??? Minuman sejuk kan tak bagus !!!! Takpe, takpe...jom baca sampai habis dulu. Artikel ni saya ambil dari Majalah Q & A.
![]() |
Ice Cubes |
Nabi lebih memilih untuk minum air sejuk berbanding air biasa. "Antara banyak-banyak jenis minuman, rasulullah suka minuman manis dan sejuk." (Saidatina Aishah r.a). Hadith itu bermaksud Baginda menggemari minuman manis dan sejuk, iaitu samada campuran madu atau "nabiz" (rendaman buah tamar).
Air sejuk yang nabi suka bukan minuman berAIS ye ... ais dan sejuk tu banyak beza dia. Air sejuk yang nabi minum tu ialah air yang disimpan semalaman di dalam bekas tertutup. Kebiasaannya orang arab simpan air dalam takar atau bekas yang dibuat dari kulit unta.
Kalau kat Malaysia, kita boleh simpan air dalam labu sayung ataupun tembikar tanah sebab air dia confirm sejuk, saya dah pernah try..walaupun cuaca panas memanjang, air dalam tu maintain sejuk je.
![]() |
Labu Sayung |
Kalau dari segi hukum plak, MAKRUH hukumnya minum air terlampau sejuk (BERAIS) dan PANAS. Kalau dari sudut perubatan pula, minum terlalu panas boleh merosakkan saluran esofagus.
![]() |
2 in 1. Gambar dan Nasihattttt!!!! |
Apa yang nabi dah buat, kita pun buat, in sha allah ganjaran pahala untuk kita sebab menghidupkan sunnah nabi. walaupun benda yang simple, ikut jela, tak rugi pun. Apa yang nabi buat mesti ada sebab dan kebaikan disebaliknya yang kita sendiri tak tahu. Semoga kita semua beroleh manfaat darinya...amiinnn.
Regards,
~Rahmah~
Write with Love and Passion