Assalamualaikum.
Baru-baru ni SR dah terjumpa lubuk emas. Ehehe..kaya la SR lepas nih..bukan apa..ada jiran kepada sepupu SR ni dia memang peniaga jujur dan amanah. So dapatlah SR bertemu dengan makanan sunnah yang senang didapati tapi susah untuk dapat yang betul-betul ori.
Madunya asli tanpa campuran ok. Setelah menyelidiki dan mengintip cara madu tersebut diperolehi maka SR yakin sebenar-benarnya yakin yang madu tersebut sangat ori.
SR ni dah lali hidup dengan madu tak asli. Selama ni beli madu tak asli je. Ada sekali dua je dapat asli. Tapi harga dia mak aiiiii.....hmmm..paham2 jela kan.
Meh sini SR bagitau kebaikan madu lebah. SR amik dari blog bertuah ni. Bertuah la sebab terperinci dapat info sebab info blog ni dapat dari harian metro.
Inila dia rupa madu asli tualang yg SR jual.
Khasiat Madu Lebah
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
Ok, kat bawah ni SR dapat dari blog Pakar Madu. Sebab apa pakar sebab dia lebih arif bab-bab madu ni. SR just orang yang jumpa lubuk madu asli je. Boleh baca cara ujian keaslian madu yang asli.
Kaedah ujian keaslian madu lebah | |||||||
Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boeh DIPERTIKAI secara saintifik. Berikut ialah MITOS yang sering digunakan oleh kita untuk menguji keaslian madu. | |||||||
Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah | |||||||
Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah. | |||||||
Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah. | |||||||
Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! | |||||||
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya RACUN yang sangat berbahaya. | |||||||
Kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu lebah asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu lebah sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu lebah asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah. | |||||||
Bagaimana untuk menguji keaslian madu lebah? | |||||||
Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut: | |||||||
| |||||||
| |||||||
| |||||||
| |||||||
Ok done sharing. Penat tau copy paste ni. Ehehe. Semoga bermanfaat.
Regards,
Rahmah
Write with Love and Passion
| |||||||