Sunday, 20 September 2015

Servis Baik Punya.

Assalamualaikum.


Nak cerita kejadian sabtu lepas..dah basi baru nak story kan? Pastu tak sempat snap picture tempat kejadian pulak tu. Lepas dah pergi baru teringat nak share. 

Pergi dentist di KL Sentral. Naik tren berlima. Saje bawak budak bertiga ni naik tren. Dah selalu pun diorang naik tapi setiap kali naik memang macam first time naik. Kikikiki. Sabar jela. Terlewat skit dalam 5minit sebenarnya. Tu yang kelam kabut cari dental klinik tu. Tak cari pun. Tanya guard je senang.

Nak cerita pasal good service sebenarnya. Sebelum ni SR pergi dentist kat Ampang. Kalini bertukar angin pergi ke KL SENTRAL. Memang akan terus di sini kot. Heheh..sebab ape ye. Sebab layanan dia baik. Layanan dia 5 star. 

Panggil nama patient dan ingat plak tu (lepasni cek tgk samada dia ingat lagi ke tak next appointment nanti). Lepas tu dia explain,dia tunjuk kt husband lagi gigi isterinya yang berlobang cam tak reti jaga gigi langsung ni. Siap x-ray lagi sebab nak tahu kedalaman lubang (sebab memang dalam gila). 

Siap suruh SR pegang cermin lagi. Tengok gigi sendiri. Lepastu mulut dia pot pet pot pet bagi nasihat ala mak-mak. Memang rasa terharu sgt sebab tak pernah rasa layanan baik camtu. Dulu pergi kat Ampang tu layan nak tak nak je. Sepatah tanya sepatah jawab. Hmm..penat nak tanya.

Ni je gmbr yang ade semasa hari kejadian. Ni pun dah malam. SR pun tak sempat selfie.

Kali ni happy sangat. Kalau bayar mahal pun patient mesti suka sebab berbaloi dengan servis yang ditawarkan. SR pun berkecimpung dalam bidang servis (keje makan gaji). Kerja part time pun berkaitan dengan servis. Sebab tu kalau servis tak ok SR akan elergik skit.

Dalam bidang servis ni mesti bagi layanan tip top. Baru orang suka datang. Kalau kita caj mahal pun orang tak kisah sebab berbaloi dengan layanannya bak puteri. Betul, org Malaysia memang tak kisah spend lebih kalau apa yang kita bayar tu berbaloi dengan apa yang kita dapat.

SR bagi contoh ye. Contohnya kedai nasik campur. Kalau makanan tak banyak choice,tak sedap,cashier muka masam, pastu caj harga suka hati dia memang tak lama la kedai tu bertahan sebab kena boikot. 

Tiba-tiba datang satu kedai baru buka. Layanan baik,air kosong tak caj, setiap jumaat free air, ulam caj tak sama rega dengan sayur,wifi percuma,ekon. Tapi set nasik ayam dia RM13.99 dan sedap gilerrrrr Hah! SR yakin mesti full house.

Hahah..dah penat merepek harini. Bukan merepek tapi ni la dia luahan perasaan customer yang dahagakan servis dan layanan baik..kikik. walaupun SR pengedar Shaklee yang Sah, tetap SR juga sebagai pengguna sebab bukan semua benda SR jual. Tul tak? 

Ok SR nak makan jap. Kelaparan. Jemput semua makan.

Regards,
Rahmah 
Write with Love and Passion





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

3 comments:

  1. Saya pn pengedar Shaklee. ..mmg servis shaklee terbaik

    ReplyDelete
  2. Saya pn pengedar Shaklee. ..mmg servis shaklee terbaik

    ReplyDelete
  3. memang pun. kita ni tak kisah bayar lebih asal layanan bagus. ini kalau bayar lebih tapi layan ntah hape2 sape yang nak pegi lagi kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...