Assalamualaikum...
Harini baru hari 1st hantar Amni dan Haziq ke taska. Taska yg pernah amni singgah dari baby hingga 1 tahun lebih. Keluar taska kemudian duduk dgn nenek join abg Haziq yg sememangnya dari kecik bawah jagaan nenek.
Harini nenek kena masuk wad sebab buang katarak. Esok operation buang katarak di HKL. Hope everything will be fine.
Harini dorg duk taska. Amni dr pg join taska Haziq plak transit. Lps dr Pasti Haziq ke taska. Utk 2 minggu je. Lepas ni nenek dah boleh jaga dorg. Itupun kalau dah betul2 sihat.
Dorg alhamdulillah ok je. Nasib baik. Amni seronok sgt. Nampak dr riak wajah dia. Cerita macam2. Haziq biasala dia. Cerita skit2 je. Amni balik bertocang dua.
Bukan ape,syukur sgt anak2 boleh adapt dgn perubahan. Rezeki utk saya. Rezeki ni dlm pelbagai bentuk. Ketenangan fikiran, rasa aman,selesa. Tak rugi saya namakan amni. Amni bermaksud aman, tenang. Penyejuk hati kami. Haziq pun penyejuk hati kami. Kebahagiaan memiliki Amni,Amna dan Haziq satu anugerah yg tak ternilai. Allah bagi bahagia kami suami isteri melalui anak2 yg baik.
Okla. Itu je nak story keterujaan saya dan rasa sangat bersyukurnya saya. Rezeki allah pada kita kalau kita hargai in sha allah allah akan tambah nikmat tu.
Feeling blessed.
Regards,
Rahmah
Write with love and passion
alhamdulillah..segalanya indah :)
ReplyDeleteTq dear
DeleteIn syaa Allah.. semoga nenek cpt sembuh..
ReplyDeleteTq dear.
Delete