Thursday, 7 January 2016

Anak 2 Orang Dah Sekolah.

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2016..selamat datang tahun baru mesehi..

Dah 5 hari anak2 start sekolah. Haziq ke PASTI,amni ke TADIKA KAWAN-KAWAN.
Amni sekolah sekular..ehehe..sebab umi dia nak dia belajar bahasa cina. Kuasai bahasa cina. Bergaul dgn org bangsa lain pulak. Mana tau boleh dakwah seribu dua ribu org masuk islam...aminnn..



Amni nangis 4 hari. Hari kedua meraung kuat gila...hari pertama nangis ala kadar je.kah kah kah..umi boleh gelak kah kah utk anak kedua. Jiwa umi dah kental. Dulu anak pertama memang sedih gila nak berpisah dgn anak. Tak harapkan org lain tgk2kan anak kita.

Tapi sekarang semangat nak tgk anak berilmu dan beramal lebih menebal katakan...so takde la dah sedih2. Kalini ckp kt diri sendiri walaupun amni nangis amni kena hadapi. Nanti biasala sayang...mula2 je.

Yg bestnya tu siap promise dgn umi yg dia takkan nangis tp sampai sekolah mula drama kisah sedih. Ingatkan dia ok dah sebab hari rabu dia nangis dr awal buka pintu kete lagi. Kamis buka pintu kete ok je tp sambil buka kasut pulak yg nangis. Alahai anak...alhamdulillah syukur sgt. Ummi syukur umi ada anak2 yg baik.

Abang haziq siap ckp amni jgn nangis tau. Tak malu. Tgk haziq x nangis pun.. abang haziq dah pandai. Nampak haziq pandai berdikari dah. Dia semangat kali ni sebab ada adik dia yg sama2 sekolah.

Tanpa ummi sebab ummi yg take picture. Hari kedua rambut pendek sebab takut tak sempat ikat rambut pagi2 kesian panas pulak amni.

Sebenarnya hari isnin start sekolah tu dah pegi bawa dia gunting rambut. Lepas balik kul11 terus bawa dia.. pegi tesco isnin malam tu. Bagi dia rasa seronok skit.

3 hari balik kul 11. Haziq 1st day je blk 11.30. Hari biasa balik 12.30. Amni hari biasa kul12.15. Jumaat pun 12.15 gak.

Syukur sebab org lain susah nak sekolah. Duit pun x de. Alhamdulillah allah murahkan rezeki dan mudahkan jalan utk anak2 umi menuntut ilmu allah.

Ok see ya..sekian update kisah anak2 ummi. Nanti ummi update lagi. Takde plak gmbar amni nangis. Kalau x boleh tunjuk kt amni bila dah besar nanti.

Oh ye. Kalini parents.xdibenarkan jenguk anak2. Duk di luar pagar terus. Pintu gril pun dia ade cover supaya yg dlm xnmpk ke luar yg luar pun xleh nampak yg dalam kelas.

Tadika Amni

Time haziq dulu thn lepas ummi boleh intai2 tgk dorg buat ape. Siap boleh rakam lg video haziq first day. Thn lepas sbb banjir sekolah start tgh bulan january. K la dah banyak plak nota.

Wassalam.
Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Friday, 4 December 2015

Nak start update personal routine and development anak-anak.

Assalamualaikum.........

Apa khabar? lama saya tak update blog...dah jadi sarang labah2 dah ni..tapi jgn risau kalau ada yg masuk menjengah dah tak terkena sawang2 ni sebab dah sapu semua dah tadi...ekekeke..

saja la nak update blog mulai hari ini utk koleksi peribadi..moga2 boleh ditunjukkan pada anak2 nanti.. anak2 dah besar2 dah pun baru nak update..tapi saya suka dgn pepatah better late than never..so saya start sekarang.

anak2 ni cepat sangat membesar. nanti rindu nak tengok dorg time kecik2. lagi best dpt tau apa karenah dorg ni time kecik2.

harini 4/12/2015- jumaat 

kerja seperti biasa. Haziq pergi ke PASTI. walaupun cuti tetap sekolah utk isi masa lapang. 2 jam je pun. start cuti sekolah bulan 11 dia dah start. balik 10.30 van akan ambil then hantar ke rumah nenek. pagi je saya hantar. 

keluar dalam kul8 dari rumah. hantar amna ke babysitter Blok A tgkt 12.

lpstu Haziq, then last sekali amni ke rumah nenek. lepas tu barula saya g keje.

balik keje setengah jam perjalanan ambil amni dan haziq. lepastu baru amna. 

mula-mula handle 3 org anak dulu memang stress gak, rasa cuak. macam tak boleh nak handle je dlm hati fikir macam2. padahal ok je dgn izin allah. kalau dah jadi ibu ni mesti boleh punya lah..sebab sayang tu push factor kita. kalau tak sayang mungkin kita akan rasa membebankan kita la...

cukuplah setakat ini dulu, nanti sharing2 lagi.
 gambar amna tak de..blom siap edit buh watermark. (nampak x kemalasan di situ?)

wassalam.


 

 





Terima Kasih Sudi Singgah Blog Ummi Amni~Haziq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...